BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 6, 2009

Cerpen : Pakweku Si Bintang Fantasi


“Awak...”

“Ye wak...”

“Saya ada benda nak bagitau awak ni...”

“Apa dia wak?”

“Saya nak masuk Akademi Bintang...”

“Apa?! Akademi Bintang?!”

“Yep, Akademi Bintang...”

“Awak biar betul!”

“Betul...”

“Habis saya macam mana?”

“Wak...kan jadi penyanyi tu cita-cita saya...”

“Tapi saya tak dapat lah jumpa awak lagi...”

“Alaa wak...kejap je pun kalau saya masuk, dalam 3 bulan jek...”

“Nanti awak lupakan saya...”

“Saya takkan lupakan awak la...Saya akan bawak gambar-gambar awak yang cute tu semua buat pengubat rindu...Jangan risau okey?”

Aku pandang wajah Izam. Lama aku renung matanya. Wajah yang tampan dengan mata yang redup ni akan jadi kegilaan ramai nanti kalau dia masuk program realiti tu. Kacau jiwa aku macam ni!

“Tak boleh!”

“Kenapa pulak wak?”

“Nanti awak ramai peminat, saya jeles tau tak?!”

“Hishh...awak ni...tak payah lah jeles-jeles...Walaupun saya ada peminat nanti, hati saya tetap kat awak sorang je tau...”

“Bleh caya ke ni?”

“Awak cayalah cakap saya ni...Nanti saya dah jadi artis, saya akan dapat banyak show. Nanti saya dapat banyak duit, bolehla saya beli rumah, kereta and apa saja yang awak nak...”

Waaahhh...best jugak teori Izam tu. Teruja aku! Kalau lah Izam jadi juara pulak...Perghh! Bangga gila aku sebagai aweknya sekaligus aku pun akan turut terkena tempias glamernya nanti. Aku pun dapat jumpa ramai artis. Bolehlah aku jumpa dengan pelakon pujaan aku si Fasha Sandha tu! Hehehe terujanya aku...

******************************

“Wak! Saya berjaya wak!!!”

“Haah?! Biar betul wak?”

“Betul...Tak caye tengok ni haa!”

Fail ditangan Izam aku sambut. Aku eja satu persatu perkataan yang tertera di kulit fail.

A.K.A.D.E.M.I. B.I.N.T.A.N.G

Lalu aku bukak pulak fail tersebut.

TAHNIAH! ANDA TERPILIH SEBAGAI PESERTA AKADEMI BINTANG!

Ayat pertama yang muncul di kertas A4 putih bersih itu dah cukup untuk membuktikan yang aku tak bermimpi bahawasanya Izam terpilih sebagai salah sorang peserta program realiti no.1 Malaysia tu. Bangga aku seposen! Tak sia-sia aku temankan dia pegi audition hari tu.

Petang itu aku habiskan masa bersama Izam memandangkan tak lama lagi aku bakal di‘tinggal’kan bila Izam terpaksa bertapa kat dalam akademi tu selama 3 bulan. Kawan-kawan kami semua pakat tumpang gembira dengan kejayaan Izam menempatkan diri dalam program tersebut. Kesempatan yang ada ni aku ambil untuk bagi wasiat kat Izam.

“Wak...dah masuk dalam tu, jangan lupakan saya...”

“Iye...saya takkan sesekali lupakan awak...”

“Ingat, jangan menggatal dengan sape-sape pulak kat dalam tu.”

“Iye wak...Masuk kali ni dah 54 kali awak cakap benda sama tau...”

Berkali-kali aku berpesan pada Izam sampai dah naik jemu dia mendengarnya. Aku tau itu tapi aku terpaksa mengingatkannya banyak kali agar dia tak mudah melupakan janji-janjinya padaku bila dah masuk ke akademi tu.

*************************

“Poster?”

“Dah!”

“Banner?”

“Dah!”

“Kad top-up?”

“Dah!”

“Duit syiling nak gores kad top-up?”

“Pun dah!”

Wahh...aku ni ada gaya manager artis dah ni. Adikku, Hadi kulantik sebagai assistant aku. Segala keperluan untuk pergi berjuang untuk Izam dah aku packing awal-awal.

Minggu pertama konsert Akademi Bintang berlangsung dengan meriahnya. Aku sebagai awek Izam tak lepaskan peluang untuk turut serta ke konsert bersama-sama kawan-kawan kami. Aku ambik masa seminggu untuk siapkan banner dan poster Izam. Yang dalam proses, t-shirt gambar pakweku itu.

Izam mendendangkan lagu pertamanya iaitu ‘Jangan Kau Lepas’ dari Alexa dengan bersemangat sekali. Aku tengok ramai yang dah mula jadi peminat Izam. Aku apalagi mestilah nak jadi peminatnya yang no.1. Aku jerit-jerit namanya sampai nak terkeluar anak tekak dan melompat-lompat macam beruk mat yeh. Pakwe aku kat atas pentas tu beb! Mestilah aku teruja!

Hensem betul Izam dengan gaya rambut ala-ala artis Korea ditambah pulak dengan wajahnya yang dah sedia tampan lagi menawan tu. Sempat aku dengar ada penonton yang asyik duk puji Izam. Aiii...Jelesnya aku! Tapi takpe, aku cuba berfikiran positif. Lagi ramai yang minat Izam, lagi cerah peluang dia nak bergelar juara nanti bila ramai yang undi dia. Dalam kejelesan tu, jari-jemariku tak lepas mengundi Izam sehinggalah diumumkan keputusan tiada penyingkiran untuk minggu itu. Fuh...Lega aku...

*****************************

“Hadi! Ada record?”

“Ada...Tapi...”

“Bak mai akak nak tengok. Cepat!”

Hadi cepat-cepat memainkan rakaman diari harian Akademi Bintang. Adikku itu kupaksa merakamkan diari tersebut memandangkan petang itu aku ada kelas. Biasalah, sebagai asisstantku, Hadi memang kena buat kerja-kerja macam tu.

Tiba-tiba aku rasa nak marah. Mana taknya, Izam bukan main mesra lagi bergurau senda dengan salah sorang peserta akademi tu. Miza! Peserta favourite ramai malah juri pun sukakannya kerana bakat nyanyiannya yang bagus dan persembahan yang hebat saban minggu. Tapi aku yakin, dengan wajah yang cun dan body macam Nasha Aziz tu dah cukup membuktikan dia sebenarnya sengaja nak tumpang populariti Izam walaupun dia lebih popular dari Izam! Aiihhh...Ni yang nak marah ni!

“Apsal kau tak bagitau awal-awal?!”

“Hadi dah nak cakap tadi tapi akak nak tengok cepat-cepat tak sempat Hadi bagitau...”

“Hish! Tak nak tengok lah!” bentakku sambil berlalu.

Sejak diari hari tu, boleh dikatakan setiap hari ada je cerita hangat lagi hangit pasal Izam dengan Miza. Lagi-lagi pompuan tak tahu malu tu! Yang paling aku sakit hati bila ditanya Izam dah ada awek ke belum, boleh dia mengaku solo lagi! Bengangnya akuuuuu!!!! Setiap malam aku menangis dek ‘kecurangan’ Izam tu. Sampai hati dia buat aku macam ni! Dah lupa ke janji-janji manisnya dulu? Hukhukk...

“Alaa rilek la akak...Abang Izam sengaja je buat macam tu. Kan selalu peserta program tu berlakon je bila depan kamera...” Hadi cuba menenangkan jiwa kacauku.

“Tapi yang dia tak mengaku dah ada awek tu nape?! Bagitau jelah dah ada awek, takdelah Miza gedik tu nak rapat!”

“Akak ni...kalau Hadi cakap lembab kan marah pulak...”

“Kau cakap akak lembab?!”

“Haa..tengok tu...baru cakap macam tu dah marah-marah...Dengarlah dulu apa Hadi nak bagitau ni...”

“Hah yelah! Apa kau nak cakap? Cakap cepat sebelum akak baling kasut ni kat dahi kau!”

“Kalau Abang Izam cakap dah ada awek, nanti peminat dia semua lari, tak nak undi dia lagi dah...”

E’eh...macam betul jugak teori Hadi tu. Boleh pakai jugak otak assistant aku ni. Tak sia-sia aku lantik jadi assistant aku. Kalau dah peminat Izam tak nak undi dia, dah tentu dia takkan dapat bertahan dalam akademi tu sampai final. Ishh! Tak boleh jadi ni! Aku tak boleh buruk sangka kat Izam lagi. Aku kena terus support dia sampai ke akhirnya. Yang penting, aku nak Izam jadi juara!

******************************

Akhirnya tiba jugak hari yang ditunggu-tunggu. Malam konsert final Akademi Bintang akan jadi penentuan siapa bakal juaranya. Izam seperti biasa tetap hensem. Pakwe aku kan...mestilah hensem. Ecceh! Malam tu Izam menyanyikan dua lagu dengan penuh bersemangat. Usai persembahan, pasti Izam akan mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Ramai yang meramalkan Izam akan jadi juara malam ni. Kalau masin mulut korang...Uiii...Sukanya aku!!!

Debaran bertukar kegembiraan. Seperti ramalan, Izam dinobatkan sebagai juara Akademi Bintang kali ni. Bukan main happy aku. Rasa nak ke bintang je. Hehehee...Tak sabarnya nak jumpa pakwe aku ni...Rindu giler beb!

Tunggu punya tunggu rupa-rupanya aku still tak dapat jumpa Izam lepas dia habis bertapa di akademi tu gara-gara jadualnya yang padat dengan show dan photo shoot sana-sini. Maklumlah dah jadi artis. Takpelah, aku sabar lah lagi. Bak kata Hadi, 3 bulan aku boleh tunggu takkan yang ni aku tak boleh pulak kan...(kata-kata penyedap hati. Huhuhuu...)

******************************

“Akak dah baca paper hari ni?”

“Belum...Nape?”

“Ada citer sal Abang Izam!”

“Hah?! Yeke?! Mana?! Mana?!”

“Tapi akak...”

“Cepatlah bagi akak paper tu!”

Pantas tanganku merampas suratkhabar Bi-Pop ditangan Hadi. Gelojoh sekali aku membelek-belek helaian demi helaian sehingga mataku tertancap pada satu tajuk.

IZAM CINTA BARU FASHA

Apa?! Izam cinta baru Fasha?! Minah senget mana pulak nama Fasha ni! Aku dah rasa pitam dah ni. Dah tak larat nak baca isi berita tu. Suratkhabar tu aku bagi balik pada Hadi.

“Cuba kau baca, Fasha mana pulak ni?!!!”

“Fasha Sandha lah akak...”

“Mana kau tau hah?!”

“Tuu...kan gambar Abang Izam dengan Fasha Sandha tu...”

Fasha Sandha?! Pelakon jelita pujaan aku tu?! Aku tak percaya! Laju je tangan aku rampas kembali suratkhabar tu dari Hadi. Ya ampunnnn!!! Memang betul Fasha Sandha! Dan isi ceritanya tentang pengakuan hubungan cinta Fasha Sandha dengan pakweku, Izam!

“Warrrgghhhhh!!!!”

“Sabar akak...sabar...”

“Nape kau tak cakap awal-awal?! Kalau cerita busuk camni jangan tunjuk kat akak!”

“Hadi memang nak bagitau tadi tapi akak yang cepat-cepat nak tengok...”

“Argghhhhh!! Tension aku!!”

Kurang asam punya pakwe! Dahlah aku tak dapat jumpa dia lepas habis Akademi Bintang tu, dia pulak selalu bagi segala macam alasan untuk elak dari jumpa aku. Patutlah tiap kali aku cuba hubunginya, aku hanya dapat bercakap dengan mesin. Rupa-rupanya dah ada buah hati baru! Tak padan dengan 3 bulan aku makan hati. Tak padan jugak dengan duit yang dah aku habiskan untuk undi dia dulu. Tak guna! Tak guna!! Geramnya akuuuu!!!

******************************

“Poster?”

“Dah!”

“Banner?”

“Dah!”

“T-shirt?”

“Dah!”

“Mancis?”

“Pun dah!”

Masa tu jugak aku arahkan Hadi selaku asisstantku untuk membakar segala-galanya yang berkaitan dengan Izam. Mulai saat ini, aku dengan Izam dah putus! Sakit hatiku ni tak mampu aku nak tahan-tahan lagi dah. Bencinya akuuuuu!!!!!!

“Benci!”

“Hana!”

“Benci! Benci!!”

“Hana!!”

“Benci! Benci!! Benci!!!”

“Hana!!!”

Hah?! Izam?! Apa dia buat kat sini?

“Berani awak cari saya! Awak nak apa lagi?!”

“Haa??!”

“Pegilah dengan Fasha Sandha awak tu! Saya tak heran setakat lelaki macam awak yang menang Akademi Bintang tu berlambak saya boleh cari kat Bukit Bintang tau!”

“Akademi Bintang?!”

“Ooo..buat-buat tanya pulak ye! Mana janji-janji awak dulu hah?!”

“Janji apanya pulak ni?”

Izam buat muka cuak. Tau pun takut kalau aku dedahkan rahsia yang aku ni awek dia. Hari ni aku nak semua peminat dia tau yang dia ni pembohong besar. Padan muka dia. Rasakan!

“Hana!” Izam sergah aku. Kali ni lagi kuat.

Aku pandang Izam.

“Awak mengigau ek?”

Hah?! Tiba-tiba aku dengar suara orang ketawa. Bukan sorang tapi ramai. Eh, apa kes ni?

“Tu la... Asyik sangat dengan Akademi Fantasia awak tu sampai tengok wayang pun awak igaukan rancangan tu...”

Apa?! Aku mengigau? Depan Izam? Depan ramai-ramai ni? Masa tengah tengok Transformers? Ohhh tidaaaaakkkkkk!!!!!

Secara automatiknya aku tarik tangan Izam keluar dari panggung seberapa pantas agak-agak sepantas Watson Nyambek. Malu gila siot!!

Pada Izam, aku ceritakan perihal mimpiku itu dari A sampai Z. Boleh dia bantai gelak kuat-kuat. Katanya aku kuat berangan. Aku nak marah tapi memang betul pun. Padan muka aku!

“Awak ni...usahkan nak masuk program ala-ala Akademi Fantasia tu, Tom-tom Bak pun saya tak lepas tau!”

Tom-tom Bak? Hahaa...baru aku ingat, pakweku tu dahlah tak hensem plus kalau nyanyi memang macam katak panggil hujan la. Tak patut betul aku mengigaukan dia masuk program tu apatah lagi jadi juara. Izam meneruskan gelak yang masih bersisa. Aku pulak? Apalagi, aku malu lah sendiri. Huhuuu...


~nur adilin~

2 komenkamu:

Qani'ah said...

haha..penat gelak
best citer akak
keep it up kak
kte jadi peminat akak
tulih novel plak pahni ek=)

nur adilin said...

huhuu...
malu seyh kwn2 mktab bc cite akak nie...
sj je ,dat's my hobi tls cerpen nie...
nk jd peminat eh?
hahhaa thanx 4 comment!
insyaAllah novel lam prancangan...
he3...=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails