BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 6, 2009

Cerpen : Kamu=Sehangat Ais!

~ZARIS~

Cantik, comel, kiut, miut... Apsal la comel sangat dia ni?

“Macam bidadari syurga...” tiba-tiba ayat tu terpacul keluar dari bibirku tatkala menggambarkan seorang gadis manis yang sejak sekian lama mencuri perhatianku.

“Hah?! Mana? Mana bidadari syurga?!” sergahan Malik mematikan terus bayangan gadis itu dari pandangan mataku. Tiba-tiba dia hilang. Mengelamun rupanya aku ni...

“Bidadari syurga apa plak kau ni? Dah buang tabiat ke?” aku menyergahnya balik. Saja nak cover rasa maluku kerana sempat berkhayalkan gadis idamanku tadi. Aku harap Malik tak sedar keter‘over’an aku itu.

“Eleh Ris, tadi kau yang cakap bidadari syurga. Aku nak la jugak tengok macam mana rupa bidadari syurga tu...” kata Malik mencebik.

Oww no...no...no....aku takkan sesekali tunjukkan bidadari syurga aku tu kat mamat spesies buaya ni walaupun aku juga sespesies dengannya. Tak mungkin aku akan buat kerja bodoh tu untuk seseorang yang bernama Malik ni. No way! Huhuu...

“Takde pape lah. Jom blah. Peyuz mesti dah bising kita lambat ni...”


~HELENA~

“Sha, bosannya aku...Pasang la lagu kat laptop kau tu...” kataku sambil meniarap di lantai. Dah macam dugong dah rupanya. Ni semua disebabkan cuaca yang agak panas telah membuatkan aku menjadi lemah tak bermaya dan bermalas-malasan beginilah cara yang paling mujarab.

“Bleh...bleh...bleh...” dengan gaya Upin dan Ipin Sasha mula mencari-cari lagu apa yang hendak diputarkannya di laptop.

“I got youuu...under my sky!” Tu dia! Sasha tiba-tiba menyanyikan lirik lagu kegemarannya.

“Oh God! Dia mula dah...” aku menepuk dahi. Sasha dah mula menyanyi lagu feveretnya tu. Siap dengan gelek-gelek lagi. Itu yang tak tahan tu. Minah ni memang pantang dengar lagu Mirotic. Sah-sah macam kena sawan.

“Oit kau ni! Takde lagu lain ke? Dah naik berkulat telinga aku ni dengar lagu tu tau!” jeritku pada Sasha yang masih bergelek ala-ala tarian Arab tu.

“Alaa...suka hati aku la. Tadi kau jugak yang suruh aku jadi DJ kan...haaa dengar jela lagu apa aku putar ni...” Sasha masih lagi bergelek sakan.

“Hmm...yela tapi kot ye pun jangan la asyik lagu tu je...dah bosan sangat dah telinga aku ni dengar...” jari telunjuk ku tunjuk pada telinga kananku.

“Takpe...selagi telinga kau tak pekak sebab dengar lagu ni, selagi tu aku mainkan...Hahaa!” balas Sasha. Amboi! Siap gelak jahat lagi tu kawan aku sorang ni.

“Lantak kau lah janji kau bahagia...huhuuu...” balasku. Mengalah akhirnya.

******************************

~ZARIS~

“Ris, ada awek baru beb!” Malik menyiku bahuku. Mulutnya sedikit dimuncungkan ke arah sekumpulan gadis yang lalu di depan kami.

“Hahaa...Kau ni tak habis-habis la Malik...” Aku hanya tersenyum menggelengkan kepala dengan gelagat Malik.

“Aik? Aku je? Kau kan otai dari aku bab-bab ni?”

“Tu 3 bulan lepas...Sekarang aku dah tak buat kerja tu lagi...”

“Biar betik bro! Sejak bila player macam kau ni taubat?”

Ewah mulut Malik ni. Harap kau kawan aku je. Kalau tak dah lama kau makan nasi pakai lutut. Tapi aku tak boleh salahkan Malik dalam hal ni. Memang ada kebenaran. Playboy macam aku tiba-tiba berubah jadi baik, siapa yang tak heran. Nasib aku tak pakai serban macam pak haji je. Maunya dia bunuh diri.

“Sejak aku jumpa bidadari syurga...”

“Haaa...kantoi! Hari tu aku tanya kau cakap aku yang buang tabiat. Memang wujud la bidadari syurga tu ye?”

“Berminat nampak? Kau jangan harap nak tackle dia...” aku memberi warning.

“Ish kau ni...walaupun aku lagi hensem dari kau, aku takkan sesekali potong line otai aku ni. Hehee...” Malik sengih.

Sengihan Malik tidak kuhiraukan. Aku kembali menghirup Milo ais ku sambil mataku melihat pengunjung kafeteria ini lalu-lalang. Tiba-tiba pandanganku tertancap pada susuk seseorang yang sedang mengambil tempat di meja hadapanku. Gadis itu!


~HELENA~

“Hai! Boleh I join?” Ayie meminta izin dari aku dan Sasha untuk duduk semeja dengan kami.

“Boleh je...” Sasha tiba-tiba bersuara. Ayie mengambil tempat dihadapanku sambil memberikan senyuman manisnya padaku. Ishh...rimas betul aku dengan mamat sorang ni. Selalu je buat muka menggoda macam tu. Sengaja aku buat tak tahu dengan kehadirannya. Hanya Sasha yang melayan senior kami itu.

Aku memandang sekeliling kafeteria. Malas mahu menghadap Ayie. Seketika aku tergamam melihat seseorang sedang memerhatikanku di meja hadapan. Lelaki itu kemudiannya tersenyum padaku. Mak aiii...Hensemnya dia...Aku membalas senyuman tersebut walau aku tak mengenali empunya diri. Bak kata opah aku, senyum kan satu sedekah...Hehee...

“Baru nampak awak senyum kat saya...Tadi masam je. Kan manis kalau selalu senyum macam ni...” kata-kata Ayie mematikan terus senyumku tadi. Alahaiii...perasan lah pulak mamat ni. Aku senyum kat mamat hensem belakang kau lah!

******************************

~ZARIS~

Langkah kaki ku cepatkan sehabis mungkin. Pada saat genting begini aku rasa alangkah bagusnya kalau aku ni superman. Semua ni gara-gara tidur lewat semalam menyebabkanku tak sedar yang aku ada kelas Miss Angie pagi ni. Makcik tu kalau dah start membebel memang tadah telinga jelah jawabnya. Dalam gelabah nak cepat tu, mataku sempat menangkap seraut wajah yang selalu menghantuiku. Eh! Dia dengan mamat tu lagi? What the...

“Saya tak boleh terima awak...”

“Kenapa Helena? Sasha cakap awak takde boyfriend pun lagi...Apa masalahnya?”

“Sape cakap dia takde pakwe?” aku tiba-tiba mencelah ala-ala superhero yang datang menyelamatkan sorang awek yang dalam kesusahan.

“Zaris?” Ayie terkejut melihatku. Aku mengambil tempat disebelah gadis itu.

“Ha’aa Ayie...Kalau kau nak tau...dia ni...awek kesayangan aku!” spontan jari jemari gadis itu ku genggam erat. Dia of course terperanjat lipan.

“What?! Zaris the player ni pakwe awak?!”

Zaris the player? Ceh! Selamba badak air dia je mengumumkan gelaran berprestij aku tu depan awek idamanku ni.

“Kau ada masalah ke kalau aku pakwe dia? Aku bagi last warning. Kau cubalah ganggu awek kesayangan aku ni lagi kalau kau nak rasa makan nasi pakai lutut!”

“Huh!” dengan wajah pucat Ayie melangkah pergi. Tau takut. Hahaa! Gadis comel disebelahku yang sedari tadi membisu menarik tangannya dari genggamanku. Lupa pulak aku terpegang tadi. Nak buat macam mana dah tindakan refleks...

“By the way...Thanks tolong saya tadi...”

“My pleasure...Hmm...Zaris...” aku memperkenalkan diri dengan gaya semacho mungkin. Huluran tanganku dipandang sepi. Tiada tindak balas nampaknya. Malu jugak seposen ni. Huhuu...

“Helena...” Dia akhirnya bersuara. Owh...Helena nama awek pujaan aku ni.

“Well Helena...Awak dah hutang dua benda dengan saya...”

“Dua? Apa?”

“Satu...Saya tolong awak menyamar jadi pakwe awak...Kedua, sebab nak tolong awak lah saya dah lambat masuk kelas saya...”

“So, awak nak saya buat apa?”

“Hmm...Let say...How about a date?”

“Okay...” sepatah perkataan keramat dari bibir gadis itu dah cukup untuk menggugurkan jantung aku ni. Yahooo!!!!


~HELENA~

“What?! Kau nak keluar ngan Zaris? The hottest guy tu?!”

“What do you mean by ‘the hottest guy tu’?” sengaja aku tekankan suara pada ayat tu.

“Hey Lena! Zaris tu semua orang kenal tau. Mamat yang ramai peminat sebab muka hensem dia tu!”

“Owh...tak tahu pulak aku...” Memang patut kalau aku tak kenal dia. Aku masih baru kat sini. Ramai lagi senior yang aku tak kenal. Lagipun aku bukan campur sangat dengan trend minat-meminati ni.

“Ish kau ni...Aku tak rasa kau patut date dengan dia...”

“Kenapa?”

“Sebab dia player!”

“Alaa Sha...aku bukan nak date pun... Just nak bayar hutang dia tolong aku hari tu...”

“Tapi takkan la sampai date?”

“Kau jangan risau. Walau macam mana hot lagi pedas berapi pun dia, aku takkan tergoda...”

Sasha akhirnya mengalah. Aku tersenyum sendiri. Sememangnya aku sengaja memberi persetujuan untuk keluar dengan lelaki itu apabila teringatkan dia adalah mamat hensem yang dah berjaya mencuri perhatianku beberapa hari yang lalu.

******************************

~ZARIS~

“Nice weather...kan?” tiba-tiba mulut ni lancar je menuturkan ayat yang bukan aku nak sangat tuturkan tu. Ishhh...rileks...rileks Zaris...calm down lah wahai hati....Huhuuu...

Kulihat Helena sekadar tunduk. Aku cuba menyoroti seraut wajah tenang itu. E’eh! Dia senyum? Sah-sah dia gelakkan aku dalam hati. Tapi kenapa?

“Err...Cik Helena...” Pergh! Sopan giler aku ni. Siap ber‘cik-cik’ lagi tu...

“Ye saya...” Waahhh! Lembutnya suara dia!! Nak je aku peluk minah ni...tapi tak boleh...haram...

“Err...Awak ni cute sangat-sangat...”

“Hehehee...macam ayat playboy yang pernah saya jumpa dulu..”

“Hah?!” terkena aku. Macam perli aku je...Helena tergelak kecil. Kelakar ke aku hari ni?

“Takdelah...saya gurau biawak jek...” Hak elaa...boleh tahan loyar buruk jugak minah ni.

“Oww...Okay...Hmm...Kenapa awak nampak macam tak selesa je? Is something bothering you?”

“Awak hot...I mean...Ramai orang kenal awak. Saya rasa segan lah keluar dengan awak ni...”

“Am I that hot?”

“Yep! You’re the hottest guy in this collegue. Jangan buat tak tau plak...”

“Hahaa...Yeke? Saya tak tau pun? Mana Cik Helena tau?” Helena memandangku dengan riak yang sukar ditafsirkan. Macam sedikit bengang.

“Err...Okay...Sorry...Saya takdelah hot mana pun...Mungkin orang kenal saya sebab saya ada band yang selalu buat show kat sini...” jelasku panjang lebar. Cuba meyakinkan gadis itu.

“Bukan sebab awak player ke?” Aku tersentak dengan soalan cepu cemasnya tu.

“Player? Haa...Hahaa...Saya ada rupa player ke?”

“Yep!” amboi! Laju je minah ni jawab. Memang yakin sangat dengan jawapannya itu. Terkena lagi aku...

******************************

~HELENA~

Kedengaran lagu Mawar Khayalan di handphoneku menandakan ada mesej masuk. Tanpa disedari senyuman terukir di bibirku bila melihat nama si penghantar sms itu.

“Waaahhh....sengih sampai ke dahi dapat mesej ek...pakwe ke?”

“Ish kau ni...mana aku ada pakwe. Kawan la...”

“Eleyyy Lena...dengan aku pun nak berahsia ke?”

“Betul la mana ada haa...Nak berahsia apanya...”

“Tapi kan...sejak dua menjak ni aku tengok bukan main lagi Ayie tu duk usha kau. Kau tak sangkut ke?”

Ayie? Memang lelaki itu pernah menyuarakan rasa cintanya padaku. Tapi tak mungkin aku dapat terima dia sebab aku dah ada orang yang aku suka.

“Cik Lena...Nak jadi princess saya tak?” lamaran Zaris semalam ketika kami ber‘sms’ begitu mengujakanku.

“Hmm...Best jugak tu...Okay!”

“Okay, deal! From now on...Cik Lena is my princess! And...Please call me Ais...”

Aku tersenyum sorang-sorang bila mengingatkan yang aku kini dah ada seorang pakwe yang hensem. Bila difikirkan balik, macam kelakar pun ada kerana aku begitu mudah menerima lelaki ini sedangkan aku masih tak tahu banyak tentangnya. Yang pasti, aku selesa berkawan dengannya. Sememangnya cinta kami ini cinta gila. Zaris betul-betul buat aku angau. Saat ini aku rasa dunia ni aku yang punya bukan Ahmad Albab yang punya! Hahahaha!

******************************

~ZARIS~

Bermula dengan perkenalan yang tidak disengajakan, kami menjadi semakin rapat. Gadis itu betul-betul istimewa. Akulah lelaki paling bertuah dapat mengenalinya. Lebih-lebih lagi aku dah lama menjadi pemuja rahsianya selama ini.

Helena berbeza dari gadis-gadis lain atau yang lebih tepat lagi ex-girlfriends aku dulu sebab dengannya aku boleh berbual apa saja dari bolasepak, futsal, F1, Moto GP, movies, music. Dengannya aku tak perlu mendengar cerita tentang alat-alat make-up baru, handbag berjenama, pakaian vogue even makan kat tempat high-class. Orangnya terlalu sederhana. Macam Fara. Itu yang membuatkanku bertambah suka padanya.

Helena menjadikan seleraku kepada gadis-gadis lain yang lebih bergaya dan lebih cun darinya hilang begitu sahaja. Aktiviti utamaku mengurat awek sudah lama kutinggalkan juga disebabkan Helena. Dengan Helena juga baru ku tahu bagaimana rasanya jatuh cinta. Apa-apa saja yang aku buat kini semuanya sebab Helena hingga makanku makin berselera, tidurku juga makin nyenyak dibuai mimpi-mimpi indah bersamanya hingga kadangkala aku tersenyum sendiri apabila terpandangkan wajah gadis itu di sebalik muka Malik, Peyuz atau Jijie. Betapa angaunya aku!

Cuma satu perkara yang aku masih konfius, Helena tak nak hubungan kami diketahui ramai sebelum dia benar-benar bersedia! Sebab apa? Haaa...Itu yang kita tak tahu! Tapi takpe, aku sebagai lelaki paling cool ni takkan sesekali memaksa. Don’t rush... Just follow the flow... Hehee...

******************************

Hinggalah satu hari tu...

~HELENA~

“Ais, Lena tak boleh teruskan hubungan kita ni...”

“What?!” seperti kuduga Zaris akan terperanjat yang amat mendengar khabar ini.

“Lena...Kenapa ni? Kenapa cakap yang bukan-bukan ni?!”

“Lena tak tahu...tapi Lena betul-betul tak boleh teruskan...”

“You kidding me right?”

“Ais...Lena mintak maaf...”aku menunduk. Tak sanggup nak memandang wajah kesayangan hamba ni.

“Lena, cuba cakap kat Ais kenapa. Apa yang Ais dah buat?” suara Zaris sedikit mengendur, cuba berdiplomasi denganku barangkali.

“Ais tak buat salah apa-apa...Cuma Lena tak boleh teruskan...”

“Mana boleh macam tu! Or... you’ve met some other guy?” Zaris cuba mendugaku.

“No! Bukan macam tu! I just can’t...”

“Kenapa ni Lena? Kenapa Lena buat Ais macam ni?”

Zaris kulihat mengeluh. Tangannya diraup ke muka.

“Ya Allah...Lena, Lena tau tak Ais betul-betul sayangkan Lena? Ais dah tak nampak orang lain selain Lena tau? And I have no time to playing around...”

“Ais...Lena tak yakin dengan hubungan kita ni. Lena tak yakin Lena sayangkan Ais. I’m sorry...”

Zaris diam. Aku pandang wajahnya. Ada air yang menunggu masa untuk jatuh dari tubir matanya. Ais menangis?!

“Ais...I’m really sorry...” aku tegakan hati tinggalkan Zaris dengan airmatanya. Sebelum keadaan jadi lebih buruk, baik aku blah dulu.

******************************

~ZARIS~

“Ris, kau okay tak ni? Aku tengok kau semacam je sejak dua menjak ni. Macam orang mati bini je...”

“Hmm? Yeke? Aku okay je haa...”

“Kau ni kan...tak pernah-pernah senyap camni. Selalunya Jom Heboh je...Naik seriau lak aku bila kau tiba-tiba jadi sivik semacam ni.”

“Hmm...”

“Tengok tu? Hmm je? Kau ni kenapa weh?”

“Ntah Ris, kau takde mood ke ni? Kita dah nak start practise ni. Kalau kau malas tak payah practise la hari ni.”

“Eh, aku okay je. Haaa jom la kita start...”

Nak tak nak aku terpaksa jugak teruskan sesi jamming hari tu walaupun mood aku dah hilang sejak Helena tinggalkan aku macam tu je. Aku tau kawan-kawanku sedar akan ketidaktenteraman aku ni tapi aku betul-betul tak nak libatkan mereka dalam masalah aku ni. Konon cool lah...Huhuhu...

Aku ke kafeteria seperti biasa, mengisi perut yang kosong sejak pagi tadi. Mataku meliar mencari wajah kesayanganku. Masuk hari ni dah seminggu aku tak nampak kelibat Helena. Mungkin dia sengaja mengelakkan diri dari aku. Frust! Frust tak boleh nak aku ungkapkan dengan kata-kata bila aku kehilangan Helena. Macam ni rupanya rasa bila ditinggalkan orang yang kita sayang. Macam apa yang aku selalu buat kat bekas awek-awek aku dulu. Mungkin ni balasan. Padan muka aku!

~HELENA~

“Takde duit kecik ke dik?” Aku menggeleng pantas. Ishh...makcik ni, sepatutnya soalan tu tak perlu dia tanya kat aku. Dah dia berniaga, takkan duit tukar pun takde. Ni yang aku hangin ni. Dahlah aku kena makan sorang-sorang hari ni.

“Takpe-takpe makcik! Biar saya bayarkan untuk dia. Kira yang saya ni sekali.” Tiba-tiba satu suara muncul menjadi penyelamatku. Penyelamat? Spontan aku berpaling ke kiriku. Ais??!!! Spontan jugak aku berpaling semula ke arah makcik tu. Not RM50 ku kemudian kembali ke tanganku.

“Jom duduk sana...”

“Err...No thanks...Saya...Saya...”

“Please...” Zaris merayu. Dengan wajah separuh sedih begitu, aku tau aku takkan mampu lari darinya lagi. Sekurang-kurangnya untuk hari ini. Sebelum dia bertindak di luar batasan seperti melutut di tengah-tengah kafeteria ni, baik aku turutkan saja.

Aku membontotinya ke sebuah meja. Meja yang selalu menjadi tempat lepak kami dulu-dulu. Kami menjamu selera tanpa suara. Duduk berhadapan dengan lelaki ini sekali lagi membuatku tak keruan. Sememangnya kasihku pada Zaris tidak pernah padam.

“Sampai bila awak nak seksa saya macam ni?”

“Zaris...saya kan dah cakap hari tu...”

“Saya masih tak dapat terima kata-kata awak tu. Apa masalah kita sebenarnya?”

“That’s the problem...Awak tak pernah faham apa masalah kita!”

“Awak tak jelaskan... That’s why I’m still not getting what’s the problem with our relationship!”

“Zaris...You’re a player! Saya tak nak saya jadi mangsa awak yang seterusnya! That’s it!”

“That’s it? Sebab tu ke? Memang saya player tapi tu dulu punya cerita, sebelum saya kenal awak Helena! Berapa kali saya nak yakinkan awak yang saya dah berubah. And...you and I both love! Don’t you get it?”

“Saya still tak yakin dengan awak... I’m sorry...”

Sekali lagi aku tinggalkan lelaki itu terpinga-pinga.

******************************

~ZARIS~

“Malik, Jijie, Peyuz! Aku nak tukar lagu!”

“Hahhh???!!!”

“Aku nak nyanyi lagu lain!”

“Kau biar betul Ris! Kita dah nak sampai turn jap lagi. Nak tukar lagu apanya plak?!”

“Aku tau tapi aku nak nyanyi lagu lain. Please...kali ni je aku mintak tolong...”

“Lorrr siap merayu-rayu ni yang aku tak tahan ni...Kau nak nyanyi lagu apa?”

“Berharap Kau Kembali!”

“Lagu tu...Hmmm jiwangnya...tapi kenapa?”

“Adalaaa...Please...”

“Hmm...aku okay je. Korang?” Peyuz menyoal Malik dan Jijie.

“Kami on je...”

“Owhh thank God! Thanks banyak-banyak guys! Korang la kawan-kawan aku dunia akhirat!”

“Aaaa dah...dah! Jom buat arrangement untuk lagu ni, takkan aku nak buat bunyi gitar cina tu! Cepat, jap lagi turn kita!” Peyuz selaku ketua kumpulan memberi arahan.

“Orait!”

Kini tiba giliran band aku membuat persembahan, Peyuz mendahuluiku keluar ke pentas. Kulihat Malik sudah sedia di posisi drummer, Peyuz sebagai lead guitarist dan Jijie sebagai bassist. Aku? Dah tentu aku sebagai vokalis terlebih nervous walaupun ini bukan kali pertama aku membuat persembahan di pentas. Apa yang aku pasti, persembahan aku malam ini akan menjadi sejarah yang takkan ku lupakan sampai bila-bila. Duduk di kerusi, aku lantas mencapai microphone. Sedikit keluhan kecil kulepaskan untuk mengurangkan debaran di dada.

“This song is dedicated to a very special person in my life... Juga untuk kamu semua. Terimalah... Berharap Kau Kembali...”

Saat ku buka buku yang tlah berdebu
Tentang semua masa lalu di dalam hidupku
Kutemukan potret dirimu…kekasihku

Kuterbayang semua tawa dan candamu
Saat kita masih bersama
Jalani ikatan cinta
Kini kau tak disisiku lagi
Kau telah pergi

Hampa..rasa..karna tanpa cintamu lagi
Mengapa ini harus terjadi
Kini sendiri..

Andaikanku bisa memilikimu lagi
Takkan kubiarkan kau pergi
Tuk kedua kali

Sulit ku untuk melupakanmu
Karna hanyalah wajahmu
Yang slalu terbayang olehku setiap waktu
Meskipun kita telah terpisah
Ku masih berharap kau kembali
Dipelukku…

~HELENA~

Gemersik suaranya mengalunkan bait-bait lagu J-Rocks Band itu begitu menggundah gulanakan jiwaku. Terasa ada sesuatu yang tiba-tiba menyentuh hati ini. Ada juga sedikit rasa pedih. Aku sendiri tak tahu nak mentafsir virus apa yang sedang menyerangku kini. Tapi yang pasti, ia bukan virus H1N1.

Usai membuat persembahan, band Zaris mendapat tepukan gemuruh dari khalayak. Aku juga tak terkecuali menjadi salah seorang makhluk yang memberikan tepukan itu. Namun tepukanku mati bila kulihat Zaris tiba-tiba bersuara.

“Cik Helena, please don’t leave me... because I really need you by my side...” sebaris ayat-ayat cinta itu sudah cukup untuk membuat seisi dewan bergema dengan suara-suara audiens. Zaris berlalu sesudah memberi pengumuman yang pada hematku tak sepatutnya diberitahu kepada umum itu.

“Lena! Dia sebut nama kau!” Sasha mengejutkan aku dari lamunan panjang. Helena? Nama aku ke tu? Tak mungkin lah! Tapi aku sendiri yakin aku tak salah dengar. Helena ke yang disebutnya tadi? Gulp!

“Betullah Lena orangnya! Patutla hari tu Zaris cakap kat aku dia ada suka kat budak kelas kita. Aku tanya sapa dia tak nak cakap. Dia kata tunggu sampai masa aku akan tau jugak.” Yatt bersuara kuat.

“Yatt! Syyhhh...slow skit beb!”

“Psst...Lena! Kau ke yang Zaris maksudkan tu?” Kali ni Nuriy pula menyerkap jarang.

“Hishh...mana ada. Dia pun tak kenal aku laa...”

“Tapi Helena yang mana lagi ek ada kat sini selain kau?” Ilma tiba-tiba menimbulkan spekulasi. Aku tepuk dahi. Masak aku kali ni!

“Kau ni...macam la aku sorang nama Helena kat dalam dunia ni...” tingkahku cepat-cepat. Tak mungkin aku akan mengaku Helena yang Zaris maksudkan tadi adalah aku. Itu mencari pasal namanya. Nak mampus?!

Aku pantas menekan keypad handphoneku.

I need to meet u. NOW!

SMS ku mendapat balasan.

Saya kat luar dewan...

Aku melangkah ke luar dewan mencari-cari kelibat Zaris. Lelaki itu kelihatan melambai-lambai ke arahku.

“Ais! Apa Ais buat ni?!”

“Ais buat apa yang Ais terpaksa buat. Ais dah tak tau macamana caranya nak buktikan kat Lena yang Ais betul-betul sayangkan Lena. Ais betul-betul perlukan Lena...”

“Tapi...Ais buat macam ni...buat Lena...ishh!!” geram aku padanya sampai tak dapat ku teruskan ayatku.

“Lena...Ais dah nekad sebab tu Ais buat macam ni. Ais nak semua orang dalam dewan tu jadi saksi.”

“Tapi Lena tak suka Ais buat macam ni!” pantas aku menengkingnya. Menghamburkan rasa tidak puas hatiku padanya. Zaris kulihat agak terkejut. Lama dia terdiam.

“Okay...okay...Ais mintak maaf...Ais dah buat yang termampu...Selebihnya atas Lena lah untuk buat keputusan. Ais takkan paksa Lena lagi. Ais takkan ganggu Lena lagi...”

Zaris berlalu pergi. Aku? Aku terkedu mendengarkan ayat terakhir darinya tadi.

“Ais takkan ganggu Lena lagi...”

Terngiang-ngiang ayat itu memecah gegendang telingaku. Serentak aku berpaling. Zaris betul-betul tinggalkan aku! Apa aku nak buat ni? Macam ni je ke pengakhiran aku dengan dia? Aku tak nak macam ni! Tak nak!!!

Aisss!!!!!

Hanya hatiku yang menjerit memanggil nama itu. Bibirku pula sebaliknya. Terkunci rapat bagaikan ada magnet yang menghalang suaraku keluar. Aku betul-betul tak dapat nak berkata apa-apa melainkan hanya melihat lelaki itu berlalu meninggalkanku.

“Lena pun sayangkan Ais...Lena pun perlukan Ais...” perlahan suaraku menuturkan ayat itu. Ada titisan jernih mengalir di pipiku mengiringi langkah Zaris yang semakin jauh.

******************************

~ZARIS~

Kenapalah susah sangat dia nak terima aku? Apa masalah dia sebenarnya? Ya Allah! Pedihnya hati aku ni...Berat betul dugaanMu ini...

Aku melangkah longlai ke bilik. Merebahkan diri ke katil dan menangis sepuas-puasnya. Inilah kali pertama aku menangis kerana perempuan. Tapi aku tak rasa aku bodoh kerana aku yakin ini adalah balasan yang aku terima atas apa yang aku dah buat pada ex-girlfriends ku yang lain dan juga Fara.

Fara! Bekas awekku yang paling baik tapi malangnya dia pun menjadi mangsa sikap kasanova aku ni yang mudah bosan dengan seorang awek saja. Namun aku tetap bersyukur saat ini Fara masih lagi sudi menjadikan aku ‘sahabatnya’ dan melupakan apa yang telah aku buat padanya dulu. Alangkah baiknya hati gadis itu. Dan kebaikannya itu terbalas apabila Fara sudah menemui lelaki yang jauh lebih baik dariku dan kini sedang berbahagia melayari hari-harinya. Bertuah Syamir memilikinya. Berdepan dengan masalah yang dibawa oleh Helena menjadikan hidup aku tunggang langgang. Saat ini aku rasa aku betul-betul perlukan Fara.

~HELENA~

Aku terkejut dengan kehadiran Fara menceritakan segala-galanya. Katanya Zaris tak pernah menyayangi seorang perempuan dengan setulus hatinya seperti dia menyayangiku. Katanya juga Zaris sudah jauh berubah sejak mengenaliku. Selama ini Fara menjadi pendengar setia cerita suka dan duka Zaris walaupun mereka tidak lagi berpacaran.

“Lena...”

Serentak aku berpaling.

“Hmmm?”

“Awak fikirlah lagi. Take your time...Jangan terus tolak dia. Sebab saya tau dia betul-betul sayangkan awak...” Fara masih tidak berputus asa nampaknya. Masih memujuk supaya aku menerima Zaris kembali. Aku tahu dari riak wajahnya jelas dia begitu berharap aku mempertimbangkan semula keputusanku.

“Okay...I’ll think of it...” akhirnya hanya itu yang mampu aku luahkan. Sekurang-kurangnya memberi sedikit penghargaan di atas kesungguhannya itu.

Fara tersenyum mengangguk mendengar jawapanku. Terpancar kelegaan di wajah itu.

“Fara...Thanks for your concern...”

“Zaris is my beloved friend...Of course I’m concern about him...”

Aku tau itu. Zaris adalah cinta pertamanya. Aku mengangguk lalu meminta diri untuk berlalu begitu juga dengan Fara. Lewat pertemuan petang itu, aku kembali berfikir tentang Zaris. Sungguh aku tak menyangka dia benar-benar serius denganku. Aku juga ingin serius dengannya. Aku juga ingin bersama dengannya kerana aku betul-betul sayangkan Zaris. Tapi aku takut akan kecewa.

Hujung minggu itu aku mengambil keputusan pulang ke rumah sebagai jalan untukku menenangkan fikiran yang kacau bilau dek masalah tentang hubunganku dengan Zaris. Sedih hati bila mengingatkan kembali kata-kata negatif ramai orang mengenai Zaris.

“Lena...Can I come in?” ketukan di pintu bilik tidurku sedikit mengganggu. Satu wajah terjengul di situ. Aku tak kunci pintu rupanya...

“Hmm? Oh Kak In...Masuklah...” Pantas tanganku menyeka airmata yang berlinangan di pipi.

“Kenapa sedih-sedih ni?” Kak Narin melabuhkan punggung disisiku.

“Mana ade Lena sedih...”

“Abis...air mata ngan air hidung meleleh ni apa?” Usiknya sambil jarinya mencuit hidungku.

“Kak Innnn...” Tiba-tiba tubuh Kak Narin kupeluk kejap. Di bahunya aku menangis semahu-mahunya. Kepada kakak kesayanganku itu kuceritakan segalanya dari A sampai Z.

“Hmm...Lena...Lena...Kenapa Lena asyik fikir negatif je? Lena tau tak, melepaskan orang yang kita sayang tu sesuatu yang sangat-sangat menyakitkan apatah lagi orang tu pun sayangkan kita? Ditambah pulak dengan alasan yang tersangatlah remeh macam ni memang tak tercapai akal Kak In tau...

...Bercinta ni memerlukan kesabaran...Sebab bercinta ni lah proses kita nak mengenali pasangan kita tu. Tapi untuk menyempurnakan proses tu, kita kena ada kepercayaan. Untuk mendapatkan kepercayaan tu, kita kenalah bersikap positif. Positif ni maksudnya menerima kelebihan dan kekurangan pasangan kita tu. Kalau dia dikenali sebagai player, kenapa dari awal Lena tak reject dia? Semua tu sebab Lena nampak side personality dia yang sebenarnya kan? Lena tau dia tak sama dengan luarannya...”

“Tapi Kak In...Lena takut dia mainkan perasaan Lena. Macam-macam gelaran orang bagi kat dia... Playboy lah, kasanova lah, romeo lah, buaya darat lah, buaya tembaga lah, bapak ayam pun ada! Lena tak nak kecewa Kak Innnn...”

“That’s why we called love is a big risk game. Kalau kita tak cuba kita takkan tahu. Kita kena berani berhadapan dengan apa jua dugaan dalam bercinta. Bila dah diduga, anggap tu semua sebagai ujian untuk mematangkan kita. Selagi kita tak rasa kekecewaan tu, kita takkan pernah matang dik. And now...siapa yang kecewakan siapa sebenarnya ni?” Aku terdiam bila Kak Narin mengujiku dengan soalan itu. Memang betul, sekarang ni aku yang sedang kecewakan Zaris sedangkan aku tau aku sendiri pun tak mampu hidup tanpanya...

“You have to get him back Lena. Bagi dia dan diri Lena sendiri peluang. Bagi dia masa untuk berubah... Just enjoy your beautiful and sweet moments selagi boleh. Jangan jadi macam Kak In dah tua-tua macam ni baru nak merasa bercinta dengan orang yang Kak In sayang sangat-sangat tu...”

Kak Narin tersenyum sesudah sesi motivasi ala-ala Dr. Fadilah Kamsah tu. Aku turut tersenyum. Aku makin mengerti kenapa Kak Narin begitu ingin aku merasai nikmat bercinta pada ketika usia mudaku ini gara-gara kisah cintanya yang sangat sadis dengan Abang Haneef tu. Huhuu...

Kali ni aku nekad. Walau berjuta cerita kurang enak tentang zaman kegemilangan Zaris dengan gelaran ‘player’ nya dulu, aku akan cuba menerima semua itu sebagai satu cabaran. Chaiyok!

******************************

~HELENA~

“Lena, thanks sebab bagi Ais satu lagi peluang...” Ais memulakan bicara ketika kami berjalan menuju ke library.

“Thanks jugak sebab Ais masih sudi dengan Lena...” Sememangnya keputusanku untuk menyambung kembali hubungan kami ini sangat menggembirakannya.

“Tak sabarnya nak abis study...”

“Apsal? Nak cepat-cepat tinggalkan Lena pastu boleh cari awek lain?” Sengaja aku menduga walaupun aku tahu bukan itu yang ada di fikirannya.

“Lorr...bukan la...Ais tak sabar sebab Ais nak kerja cepat-cepat. Nak kumpul duit banyak-banyak...Nak pinang Lena...” panjang lebar lelaki ini memberikan alasannya. Matanya sengaja dikenyitkan. Konon nak pikat aku lah tu.

“Ishh...sape nak kawen dengan awak?” Aku buat-buat jual mahal.

“Tak nak kawen dengan saya?” Zaris buat muka sedih. Alalaaa...sweetlah pulak pakwe aku ni...

“Tak nak pun...” Aku makin jual mahal. Sengaja nak melihat reaksi Zaris.

“Betul ni? Tak menyesal ke?”

“Tak punnn...”

“Okay! Biarlah Ais undur diri...Ais takkan ganggu Lena lagi...” Ah sudah! Dia buat lagi adegan lama tu.

“Ais!” hujung lengan bajunya kutarik.

“Hmm?” spontan Zaris berpaling.

“Ais...err Ais...tolong jangan...jangan tinggalkan Lena lagi...”

Zaris berpaling membelakangiku semula sambil berpeluk tubuh. Sempat dia senyum disebaliknya. Aku tahu kerana aku nampak dengan jelas di cermin berhadapan kami. Aku dapat rasa ada aura nak mengenakan aku je. Cit!

“Okay...Ais takkan sesekali tinggalkan Lena. Tapi dengan satu syarat!” Ishh...siap ada syarat lagi pulak dah mamat ni...

“Apa dia?!” begitu teruja sekali aku menyoalnya kembali.

“Kiss skit?” senyuman nakal terukir di bibir Zaris. Mempamerkan kegatalan tahap cipan.

“Waaahhh!!! Mengada-ngada!! Kiss dengan lutut nak?!”

“Hahaa...Orang gurau je lah...Macam ni barulah Helena yang Ais sayang...Garang, panas baran, kalau muncung panjang dua depa...” Zaris mengusikku siap dengan gayanya sekali.

Aku bercekak pinggang. Bengang dengan kata-katanya tadi.

“Orang serius ni!”

“Okay...okay...Ais takkan buat lagi..”

“Buat apa?”

“Takkan tinggalkan Lena lah...”

“Betul?”

“Betul...”

“Janji?”

“Janji...”

“Takde talian hayat?”

“Takde sayang...”

“Jangan cari awek lain ye?”

“Yes dear...I’m yours...” Ais buat gaya Jason Mraz. Ceh! Pengaruh Akim AF rupanya mamat ni...huhuuu...


~ZARIS~

“Wohoooo!!! Zaris the romeo!!!” Suara tu! Aku berpaling dan kulihat Malik, Peyuz dan Jijie tersengih-sengih. Mungkin mereka dah lihat adegan jiwang karat aku dengan Helena tadi. Peh! Malu siot!

“Err korang...Ni aku kenalkan Helena...”

“Tau...Bidadari syurga kan?” Peyuz menyakat. Malik dan Jijie ketawa riang. Helena pulak aku lihat terpinga-pinga tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan perkataan ‘bidadari syurga’ tu.

“Err Lena, meet my friends...Peyuz, Jijie and Malik...Lena kenal kan?”

“Yep, mestilah Lena kenal... Siapa tak kenal band Ais kat kolej ni...”

“Ais??!!!” Serentak Peyuz, Malik dan Jijie menjerit. Helena sekali lagi terpinga-pinga. Alahaiii...kantoi la pulak dengan mamat-mamat hampeh ni nama manja aku tu.

“Ais kacang?!! Hangat beb!!! Wakakaa!!!” Diorang boleh bantai gelak kat aku kuat-kuat. Siap nyanyi lagu ‘ais kacang’ yang budak sekolah darjah empat wajib nyanyi waktu subjek muzik tu. Aku memandang Helena dengan rasa segan yang amat. Dia hanya tersenyum melihatkan wajahku yang dah memerah menahan malu.

“Takpe... Takpe... Ais kacang pun okey... Yang penting saya suka...” Tiba-tiba dia bersuara. Aku kembali senyum. Kemenangan berada di pihakku.

“See? Sekurang-kurangnya ais kacang aku pun laku jugak kan...Korang plak? Jual minyak pun tak laku kan? Hahahaa!!!” Aku ketawa memulangkan paku buah keras.

Merah padam muka makhluk bertiga dihadapanku ini. Agaknya diorang baru sedar yang diorang masih takde awek. Padan muka korang! Wahahaa!!! Peyuz pandang Malik. Malik pulak pandang Jijie. Kemudiannya semua pakat pandang Helena.

“Alalaaa...Cik Helena...Tolonglah kenalkan kami dengan kawan-kawan Cik Helena...Kami pun nak ada awek jugak...”

Saat itu terletus tawa aku dan awek kesayanganku ini. Akhirnya gelaran ‘player’ kulucutkan 100% dariku. Aku dah bersara dari arena kasanova ni sebab aku dah jumpa orang yang betul-betul berjaya buat aku jatuh cinta. Helena...I love U!!!!!

~nur adilin~

6 komenkamu:

ain aisyah aziz said...

weeeeee..so sweeeeeet~
kisah helena nie mmg sebijik la kene ngan my life, but i dont noe my boy tu same x ngan si zaris, kalo same mmg sgt sweet..heheh

everyday, mmg saye terfikirkan big risk yg saye amek nie, n salu rase xyakin dgn relationship kami. but afte bace ur cerpen nie, saye rase lg kuat utk teruskan relationship kami..heeeeee..:)

nur adilin said...

thanx ye...
mmg klu nk d kire sume relationship de risk nya.ats kta yg kna pndai menjaganya.yg pnting, kta kna same2 trima kekurangan n kelebihan msg2 sbb kta mmg dicipta utk saling melengkapi antra 1 sma lain...
it's nice 2 noe dat my cerpen nie leh bg smangat kt readers...:)
hope dat ur relationship akn kekal selamanya ek!;)

Qani'ah said...

bestnye ade pakwe..haha
kak carikan satu..=p

nur adilin said...

uiks!
nk carikn 1 utk mirae?
akak pn xde pakwe ag dik...
sdg mencari gak nie...
pekate kta cr same2 nk?
huhuu

mozarella said...

ermm..
so swett..
meruntun jiwa ...n chenta yang agk sejati..
taniah utuk kak sara!!
saya bagi akak 36 juta bintang..+bulan+plnet pluto..

nur adilin said...

hahaa...
yla 2 hafiez...
hehee...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails