Ha?! Biar betul mamat ni! Memang sah mamat ni dah gila! Sah sangat-sangat! Dia ingat senang ke nak kahwin ni. Ingat macam main pondok-pondok ke, dia jadi ayah aku jadi mak? Dan...Ilma jadi anak? Kalau lah kahwin tu semudah goreng ikan, dah lama aku kahwin. Aku dah tak reti lah nak bagi ayat apa lagi nak kasi makhluk tuhan yang satu ni faham.
Abis lenguh-lenguh jari aku menaip membalas abjad-abjad berbentuk perkataan yang muncul kat skrin laptop ni. Kalau lah dia ada depan mata aku, time ni jugak aku jentik-jentik dahi dia, biar sedar skit dari angau dia tu. Huh, sengal!
“Weh Nuriy! Kau ni apahal? Nak tercabut keyboard tu kau kerjakan. Kot ye pun suka sangat dapat chatting, tak payah la sampai macam main piano. Maxim pun tak macam kau tau!”
Ilma selaku roomateku menegur. Semestinya dia ingat aku tengah happy macam beruk dapat bunga sebab dapat can chatting ni memandangkan peluang untuk dapat line internet kat area kolej kami ni teramatlah tipis. Aku stop menaip sesaat lalu aku sambung lagi kerja gila tu. Idea tengah banyak ni nak sembur mamat tu!
Cinderella_angel : Ah! Sudah la awak! Jangan nak buat lawak biawak kat sini. Takde masa saya nak layan.
MNA : Ya Allah awak ni...Kan saya dah cakap saya tak main-main...Saya betul-betul nak kahwin ngan awak...
Cinderella_angel : Macam nilah awak...Awak pegi Intan Plaza hari Sabtu ni pukul 10.30 pagi.
MNA : Awak nak jumpa saya kat sana ek? ;)
Cinderella_angel : Awak pegi jela nanti awak tau lah kenapa saya suruh awak pegi sana.
MNA : Owh...okey2...
Cinderella_angel : Ok, gtg
MNA : K, miss u. Take care and love u...muahhhhh!!! ;p
Uweks! Dia ni betul-betul mencabar kewibawaan aku sebagai pengerusi Kelab Kesenian dan Kebudayaan. Eh! Apa aku merepek ni?! Aku tekan keyboard sekuat hati menandakan betapa geramnya aku pada mamat tu.
“Kau sebenarnya chat ngan sape ni? Bukan main lagi aku tengok...” Kejap je Ilma dah ada tepi aku. Aku pandang dia. Dia pandang aku balik.
“Ni haa si Naufal ajak aku kahwin...” Mulutku dimuncungkan memberi isyarat supaya Ilma melihat ke skrin laptop.
“Hah! Bagus sangat la tu. Kau kan single-mingle skang ni. Dah orang ajak kahwin tu kira bonus la. Bukan senang nak dapat offer macam tu. Lagipun, Naufal tu tak kalah handsome nak dibandingkan dengan Epy tu.”
Ewah, sesedap rasa je kawan aku sorang ni. Kalau dia tu lipas, dah lama maut kena semburan Ridsect aku. Aku mencebik tanda protes. Ilma tersengih-sengih lalu dengan tak bersalahnya dia landing baik punya kat katil.
“Warrgghhh!!!!!”
Jeritan aku secara tiba-tiba tu sedikit sebanyak buat Ilma terkejut lalu melompat dari katilnya dan dengan spontan dia panjat kerusi. Matanya terbuntang memandangku sambil termengah-mengah. Aku memang tengah marah tapi dalam situasi Ilma yang macam kena tsunami tu, terburai jua tawa aku sampai meleleh airmata. Tak tahan siot!
“Jahanam punya member! Aku ingatkan apa tadi!”
Ilma lantas terjun dari kerusi dan mencapai bantal busuknya di katil lalu... Piunggg!! Melayang ke mukaku. Diterjahnya aku time tu jugak. Aku terus gelak walaupun lenganku dicubit bertalu-talu oleh Ilma dek kerana kebengangan tu. Habis merah-merah kulit gebu aku ni tapi tak sakit pun kalau nak dibandingkan dengan luka kat hati aku ni. Hemm...luka kat hati aku ni...hanya aku yang tahu...
******************************
“Nuriy! Tunggu!”
Hah?! Dia mai dah...Tak tahan betul aku dengan mamat sorang ni. Langkah kaki aku cepatkan secepat pelumba acara jalan kaki SUKMA. Makin aku laju, makin dekat pulak aku dengar derapan kaki mamat tu. Alih-alih dia dah ada belakang aku.
“Awak...Tunggulah kejap. Penat saya kejar awak tau?”
“Dah tu kenapa kejar jugak? Saya tak suruh awak ikut saya pun?”
Aku dah naik geram dengan Naufal ni. Aku jegilkan mata dalam usaha untuk menakut-nakutkannya.
“Awak ni kan Nuriy, makin cute bila marah macam tu. Manja je...Hehehee,”
Ya ampun...Boleh pulak dia kata aku marah manja? Bongok ke apa dia ni?! Bengang...Bengang...
“Dah la Naufal, saya banyak kerja lain lagi nak buat selain dari layan awak yang tak berapa nak betul ni!”
“Alalaaa Nuriy...Saya gurau jelah. Awak tu nak pergi mana jalan macam lipas kudung je?”
“Nak pergi Olimpik!” balasku geram sambil berlalu.
Naufal nampaknya masih tak putus asa mengejarku. Aku biarkan dia mengekori sampai ke dewan kuliah. Masuk je terus aku duduk di sebelah Umie. Naufal mengambil tempat dibelakangku.
“Awak...Abis lecture nanti kita jumpa kat cafe jap ye?”
Muka Naufal aku pandang. Baru je aku nak membuka mulut mengatakan “Tak nak” macam iklan larangan merokok tu, dia terlebih dahulu memintas.
“Please....”
Melihatkan kesungguhannya dengan gaya dan mimik muka yang cukup untuk membuat orang kesian, akhirnya dengan sedikit keluhan aku mengangguk perlahan.
******************************
“Saya nak tanya awak, kenapa awak tipu saya masa awak suruh saya pergi Intan Plaza semalam?” Tanya Naufal serius. Aku tak terkejut pun dengan soalannya itu.
“Bila masa pulak saya tipu awak? Masa awak pergi sana apa function yang ada?”
“Ujibakat Raja Lawak.”
“Hah,saya tak tipu awak pun kan...”
“Saya tak faham?”
Memang la kau tak faham sebab kau tu ‘lampi’ (lambat pick up). Muka Naufal aku tengok dah berkerut dua ribu. Nak tergelak berguling-guling pun ada aku rasa bila dia kulihat menggaru-garu kepalanya yang aku yakin tak gatal.
“Naufal, saya suruh awak pergi tu sebab ada ujibakat Raja Lawak tu lah. Awak kan suka buat lawak biawak. Jadi apa salahnya kalau awak guna lawak awak tu untuk ujibakat tu. Mana tau dapat masuk Raja Lawak nanti boleh ganti Zizan ngan Nabil. Hemm?”
Naufal menepuk dahi. Aku ketawa kecil. Mamat ni memang kelakar. Sekelakar Mr.Bean.
“Awak ni Nuriy...pandai kenakan saya...huhuu...”
“Tu lah,lain kali buat lawak biar bertempat.”
“Yelah...yelah...Hmm Nuriy...”
“Yep?” tawaku terhenti bila dia ingin menyambung bicara. Naufal kembali serius. Namun aku relaks je.
“Saya sukakan awak. Awak tau kan dah lama saya sukakan awak?”
“Tau...tapi saya tak sukakan awak.”
“Tapi kenapa?”
“Sebab awak ni penyibuk dan saya tak suka orang menyibuk hal saya.”
“Saya bukan nak sibuk hal awak Nuriy. Saya cuma nak lindungi awak sebab saya sayangkan awak.”
“Sayang? Aduiii Naufal, awak tak kenal saya lama pun macamana awak boleh sayang saya pulak?”
“Sayang tak semestinya kena kenal lama dulu. Macam mak dengan ayah saya. Mereka pun tak kenal lama tapi boleh je kahwin. Semua tu sebab mereka saling menyanyangi antara satu sama lain.”
Adusss Naufal...kau tak pernah belajar Sains ke yang cap jari setiap manusia kat dunia ni berbeza walaupun kembar siam. Aku pun tak sama dengan mak kau yang sayang ayah kau tu! Hishhh!
“Iye...memang la kasih sayang tu boleh dipupuk tapi tak boleh dipaksa. Dalam kes awak ni, awak sedang memaksa saya untuk terima sayang awak tu Naufal.”
“Awak jangan salah faham Nuriy. Saya tak pernah nak paksa awak. I just want you to know that I care for you. Selebihnya, it’s up to you...”
“Baguslah kalau macam tu. Saya bagitau awal-awal lah ye supaya awak tak buang masa lagi. Saya dah ada boyfriend dan saya sayang sangat-sangat kat dia. Takde orang boleh ubah sayang saya ni kat dia.”
“Owhh...saya tau awak dah ada boyfriend. Tapi boyfriend tak bawak apa-apa makna pada saya. Sedangkan isteri orang pun boleh dirampas kan?”
Amboi mamat ni! Berani dia cakap macam tu. Nampak je lurus bendul tapi boleh tahan jugak. Aku cukup marah mendengar pengakuan berani mati dia tu. Aku hentak meja kuat-kuat dan terus blah dari situ. Malas aku nak melayan dia!
******************************
“Aduh! Sampai hati kau pukul aku Irfan?!!” Ilma menjerit nyaring. Aku pantas meluru ke arahnya untuk membantu melindunginya dari terus dipukul Irfan.
“Fan! Kau dah gila ke hah?!”
“Yep! Memang aku gila! Perempuan jalang ni jugak yang buat aku gila!”
Lelaki itu menyeringai memandangku. Kulihat Ilma kecut perut mengandaikan kemungkinan Irfan akan bertindak lebih ganas.
“Kau jangan nak buat gila kat sini Fan! Kau takde hak nak tuduh-tuduh dia sedangkan kau tak tau apa-apa!” jeritku.
“Hei perempuan! Kau jangan masuk campur urusan aku dengan dia! Apa kau pun nak jadi jalang macam dia ke hah?!”
“Mulut kau tu jaga sikit ek!” aku membalas. Bangun mendepani lelaki itu.
Irfan mengepal tangan lagaknya seperti ingin memukulku. Aku menunduk cuba melindungi diri. Tiba-tiba...
“Hoi! Kau nak buat apa kat awek aku ni?! Berani kau ek! Kalau kau nak sentuh dia langkah mayat aku dulu!”
Eh! Macam kenal je suara mamat tu. Aku dongak kepala. Sah! Memang dia! Naufal dah siap memegang kolar baju mamat yang bernama Irfan tadi. Habislaaa...
“Naufal,jangan!!!!!” serentak dengan jeritan tu,aku berlari mendapatkan Naufal.
“Biar saya ajar mamat kurang ajar ni!”
“Naufal!! Lepaskan dialah! Jangan degil boleh tak?!”
Aku dah naik minyak dengan kelakuan Naufal tu. Dengan marah dia melepaskan ‘Irfan’.
“Lan,kau okay ke?” Ilma berlari mendapatkan Azlan.
“Nuriy,awak okay? Dia ada cederakan awak tak?”
Kelam kabut sekali Naufal memeriksa keadaanku.
“Saya okay lah! Awak tu yang tak okay!”
“Kenapa?” Cis! Macam iklan U-Mobile plak soalannya.
“Naufal! Awak boleh tak kalau dalam sehari tak ganggu hidup saya? Mana saya pergi awak ikut. Apa saya buat awak nak kacau. Saya geram dengan awak ni tau tak?!”
“Tapi...Saya just nak tolong awak tadi mamat ni nak apa-apakan awak..”
“Lain kali kalau nak tolong ke apa ke, bagi salam dulu jangan main terjah je. Untuk pengetahuan awak, kami bertiga tadi tengah practise untuk drama nite kami tu!”
“Haah?!!”
“Tak payah nak buat muka terkejut. Ni last warning. Saya tak nak tengok muka awak lagi!”
“Tapi..tapi...”
“Mind your own business okay! Full stop!”
Aku ajak Ilma dan Azlan tinggalkan tempat tu tang tu jugak. Malas aku nak menghadap muka terlopong Naufal tu. Aku dah cukup-cukup menyampah dengannya yang tak reti-reti bahasa tu. Spoil mood aku nak practise je. Huh!
******************************
“Nuriy, kau ada masalah ke ngan Epy?”
Ilma tiba-tiba bertanyakan soalan cepucemas yang sememangnya aku jangka akan ditanya jugak satu hari nanti dan hari itu adalah hari ni. Aku tau Ilma hairan kerana sudah dua bulan aku berkeadaan begitu.
“Takdelah. Kenapa kau tanya macam tu?” cepat-cepat aku cover dengan senyuman yang menandakan takde apa-apa masalah yang berlaku antara aku dengan Firdaus.
“Aku tengok dah jarang benar kau keluar ngan dia. Kau pun dah jarang main sms dan bergayut ni. Aku bukan nak busy body tapi aku rasa pelik bin ajaib la jugak kan sebab sebelum ni kau dah layak jadi Ju-on kat tepi tangga tu...”
Ilma ketawa kecil dengan lawak menyindir dia tu. Aku ikut ketawa. Aku tau sangat ramai yang mengata aku ni macam watak Ju-on dalam filem Jepun tu setiap kali aku bertenggek kat tepi tangga kolej bersembang di handphone dengan Firdaus.
“Ermm...Aku pun tak tau nak cakap apa Ilma...” tiba-tiba ketawaku terhenti. Rasa sebak menyerbu di dada. Aku rasa nak menangis pulak dah.
“Eh,kenapa ni Nuriy?”
“Sebenarnya...Aku dengan Epy dah putus...” akhirnya dah tiba masanya untuk aku berterus-terang dengan Ilma tentang hal yang sebenar kerana aku sendiri dah tak larat nak menanggungnya seorang diri.
“What?!!” Ilma terkejut. Suaranya sedikit bergema menandakan betapa terkejutnya dia dengan perkhabaran yang tak diduga ini dan aku sedikitpun tak terkejut dengan telatahnya tu.
“Betul Ilma, aku dah takde apa-apa lagi dengan dia. Mesti kau pelik kan sebab selama ni kau tengok kami macam loving couple kan..”
“Tapi kenapa putus?”
“Dia tak nak aku dah...”
“Epy yang nak putus?”
Aku mengangguk lemah. Ilma bagai tak percaya dengan apa yang dia dengar sekarang ni. Dia bangun dari katil lalu duduk di sebelahku.
“Kenapa tiba-tiba dia tak nakkan kau pulak? Selama ni dia bukan main caring lagi.”
“Aku pun tak tau Ilma. Selama ni aku ingat aku faham dia tapi rupa-rupanya dia manusia paling pelik yang pernah aku jumpa. Dia sebenarnya tak pernah cintakan aku. Dia tak sayangkan aku pun. Dia just gunakan aku untuk dia lupakan awek lama dia...”
“ Ya Allah! Bangang ke apa dia tu?”
Seperti yang aku duga Ilma akan terkejut mendengar alasan yang tak tercapai dek akal dan tak ada logika ini. Alasan paling bodoh untuk diterima tatkala pasangan meminta untuk memutuskan perhubungan. Kalau orang lain, mungkin dah lama bunuh diri. Tapi aku masih boleh terima alasan tu walaupun semangatku sedikit melayang dengan apa yang berlaku.
“Bukan bangang tapi bongok. Sebab tu aku cakap dia manusia paling pelik pernah aku jumpa.”
“Habis kau tak belasah dia cukup-cukup?”
“Aku nak sangat bunuh dia Ilma tapi aku tak mampu... Aku dah terlanjur sayangkan dia. Aku terlalu cintakan dia Ilma...”
“Tapi Nuriy, dia dah main-mainkan perasaan kau tu. Dia pergunakan kau. Patutlah selama ni aku rasa tak selesa bila kau kawan dengan dia. Aku nampak dia macam berlakon je buat-buat sayang kau. Macam plastik!”
Aku masih ingat Ilma selalu menasihatiku supaya berfikir panjang sebelum menerima Firdaus dulu. Tapi hati aku dah dikabui rasa suka yang menggunung kerana Firdaus sememangnya telah lama aku idamkan dan aku sendiri ‘bermati-matian’ berusaha menarik perhatiannya.
“Yep, dia dah mainkan perasaan aku. Selama ni dia berlakon je depan aku...”
“Aku tak boleh maafkan perbuatan dia tu!” Ilma kepal tangannya tanda marah.
“Aku tau semua tu tapi aku betul-betul tak boleh...I just can’t...” aku tunduk menahan sebak. Airmata yang sedari tadi kutahan akhirnya gugur jua.
“Nuriy...” kedengaran sayu suara Ilma penuh simpati.
“Ilma, I miss him so bad and it hurts...it really hurts...”
Aku akhirnya tewas pada cengkaman kerinduan yang tak terbatas ni. Tanpa segan silu aku menangis bak anak kecil kehilangan ibu di bahu Ilma. Lembut terasa tangan Ilma mengusap bahuku sambil kedengaran sayup-sayup suaranya memujukku. Sayup-sayup juga aku dengar bait-bait lagu ‘Munajat Cinta’ dari The Rock Band di telinga. Selebihnya, aku dah tak ingat apa-apa lagi.
“Tuhan kirimkanlah aku
Kekasih yang baik hati
Yang mencintai aku
Apa adanya...”
******************************
Suatu hari, Firdaus menghubungiku...
“Nuriy, can you do me a favor?”
“You know you can count on me. Apa dia, Epy?”
“Bila Epy teringatkan Wani, Epy call Nuriy ye?”
Ya Allah! Bagai nak gugur jantung aku mendengar kata-kata Firdaus. Terasa sedikit kecil hati. Mamat ni takde perasaan ke?
“Nuriy, are you still there?”
“Yeah...hmm is that mean kalau Epy tak teringatkan dia, Epy takkan call Nuriy?” suaraku sedikit bergetar menahan sebak. Aku tak pasti sama ada Firdaus perasan atau tak. Tapi aku rasa dia takkan perasan sebab dia tu memang takde perasaan bersalah sedikitpun padaku!
“No, bukan macam tu. Tapi...takpelah kalau tak boleh tolong.” Terdengar keluhan Firdaus seakan-akan merajuk denganku.
“Okay! Nuriy tolong!” cepat mulutku member persetujuan.
“Thanks dear! I knew I can count on you!”
Aku dengar Firdaus ketawa girang. Aku turut ketawa. Bukan ketawa kerana berjaya menggembirakan insan yang aku sayangi ini tetapi ketawa atas kebodohan dan ke‘lurus bendul’an aku sendiri. Huhuuu...
Dek kerana sayangku pada Firdaus ini, aku turutkan jua permintaan tak masuk akalnya itu. Selepas ‘berpisah’, kami tak jumpa lagi tetapi masih berhubungan melalui sms dan call apabila dia dilanda jiwa kacau teringatkan bekas aweknya tu. Ya, Firdaus memang mengotakan apa yang dikatakannya itu. Dan aku pula dijadikan seperti lembu dicucuk hidung apabila dijadikan perhentian di kala dia kesedihan.
Kadang kala terdetik di benakku, apakah Firdaus tak pernah memikirkan sedikitpun perasaanku? Adakah kasih sayangku tak pernah berjaya ‘mengusik’ walau seinci ruang hatinya? Tapi aku sedar aku tak boleh salahkan dia sepenuhnya kerana semua keputusan sebenarnya bergantung padaku sendiri. Aku yang tak gunakan akal fikiran yang waras ni untuk menilai semua tu. Dan secara tiba-tiba aku jadi malu sendiri dengan kebodohanku. Pasti ketika ini Firdaus sedang mentertawakanku yang mudah buta kerana cinta palsu ni. Nasib baiklah kami bukan di kuliah yang sama. Nasib baik...
*****************************
Persembahan kami sempena Malam Drama 2008 berakhir dengan jayanya apabila kelas kami dinobatkan sebagai juara. Masing-masing kelihatan gembira kerana drama nite ini memang ditunggu-tunggu sebagai hiburan santai setelah penat study. Aku juga gembira kerana segala masalah yang sedang aku hadapi kini seakan ‘hilang’ buat seketika dan untungnya ia tak mengganggu emosiku ketika menjayakan persembahan ini.
“Congrats semua. Sebagai ganjarannya kita akan celebrate kejayaan kita ni kat KFC idamanku selalu!” Azlan selaku ketua menyanyikan tagline KFC. Kami semua bersorak sakan. Dalam keriuhan itu kedengaran ringtone ‘Wait a minute’ nyanyian PCD dari handphoneku. Tanpa melihat nama yang tertera di skrin, aku terus menjawab panggilan tersebut.
“Hello...”
“Hello Nuriy...”
Ya Allah...Suara tu! Suara makhluk tuhan yang paling aku rindu!
“Epy...”
“Nuriy...Epy masih sayangkan Nuriy. Epy nak Nuriy kembali pada Epy. Kita mula balik dari awal.” Rayu Firdaus sayu. Sedikit sebanyak tersentuh juga hatiku yang kecil ni.
“Tapi...”
“Please Nuriy...bagilah Epy peluang. Just give me one more chance and I’ll prove it.” Aku pandang Ilma. Ilma hanya merenung. Aku tahu dia sedang memberiku ruang untuk berfikir sekaligus membuat keputusan yang terbaik. Yang pasti keputusan tu adalah keputusan yang takkan merugikan aku 100%. Aku dah fikir masak-masak.
“Mohd Firdaus, I have one thing to tell you...”
“Yes dear?”
“Awak takkan bahagia selagi awak buat orang lain menderita kerana awak. Itu nasihat saya. That’s all. Assalamualaikum!” talian segera aku putuskan. Aku tersenyum puas. Rakan-rakanku yang lain pun turut tersenyum kerana tindakanku ini.
“Syabas bette!” Ilma menunjukkan isyarat bagus dengan lagak seperti ibu kepada hero di dalam filem hindustan. Aku ketawa kecil melihat tingkahnya.
“Kita minum dulu!” sahutku meniru iklan di tv itu.
Semua ketawa melihat aku ketawa. Aku yakin mereka teramat gembira dengan perubahan aku kini. Tipulah kalau aku kata aku tak sedih bila terpaksa buat keputusan tu. Hati aku ni dah macam penyu menangis dah bila terpaksa meninggalkan telur-telurnya di pantai. Tapi aku tahankan je. Tak nak mereka susah hati lagi. Dua bulan lebih aku menanggung ‘seksa’ diperkotak-katikkan oleh orang yang aku sayangi separuh mati ni, aku rasa dah sampai masa aku lepaskan rantai yang menjeratku ini.
“Takpelah Nuriy...sabar ek...time will heal...time will heal...” suara kecilku memujuk hati nan satu ni.
*****************************
Selesai masalah aku dengan Firdaus yang banyak membebankan kepala otak aku ni, aku rasa macam dilahirkan semula walaupun aku belum pernah mati lagi. Aku macam tak pernah ditimpa masalah yang setaraf dengan masalah negara. Walaupun hati aku cukup terluka dengan perpisahan ni, aku beruntung kerana mendapat sokongan padu kawan-kawanku yang tak jemu-jemu berada disisiku sepertimana setianya aku kepada pasukan Arsenal. Hehee...
Setelah membayar harga makanan, aku dan Yatie mengambil tempat di bangku paling hujung di cafe Alam Muara. Tempat favourite kami. Yatie kemudiannya ke kaunter minuman untuk memesan minumannya dan neslo ais kegemaranku. Sambil menunggu rakan-rakanku yang lain datang, aku bersandar melepaskan penat. Spontan aku terpandangkan bangku di meja berhadapan dengan mejaku. Kosong. Tiada lagi Naufal yang selalu duduk disitu memerhatikanku. Aku tiba-tiba teringatkan mamat tu. Selepas kejadian last warning itu, aku sudah tak nampak lagi mukanya. Dalam YM list aku pun dia dah tak online. Kemana agaknya dia menghilang ye? Sunyi pulak rasa bila penyibuk tu takde. Hmm...
Naufal aku kenali semasa semester satu lagi. Itu pun aku tak berapa perasan ‘kehadirannya’ sebab dia seorang yang terlalu low profile dan tak menonjol jika nak dibandingkan dengan Firdaus. Aku cuma kenal Naufal bila ditunjukkan Syikin semasa dalam dewan kuliah Bahasa Inggeris tatkala kami satu kuliah untuk subjek tersebut. Rupanya itulah Naufal yang selalu berkirim salam padaku melalui Syikin sebagai posmennya. Mamat lurus bendul pada mata kasarku tapi mempunyai personaliti tersendiri walau tak setampan mana. Bersikap berterus terang dan tak pernah ‘berlakon’ atau dengan kata lain tak hipokrit macam mamat tak guna tu! Huhh!
“Nuriy, nah air kau.” Yatie menegur menghapuskan terus lamunanku tentang Naufal.
“Thanks...hmm Yat, dah lama tak nampak Naufal kan?”
“Aik? Peliknya...Kenapa tiba-tiba kau tanya pasal Naufal ni? Rindu ke? Hehee...” Yatie separuh mengusik. Aku malu tiba-tiba dengan soalan drastik Yatie tu. Panas rasanya pipiku ni menahan malu.
“Taklah! Mengarutnya kau Yat! Aku bukan apa, rasa bersalah je sebab kali terakhir aku jumpa dia dulu aku marah dia...”
“Kau marah apa?”
“Aku cakap tak nak tengok muka dia lagi. Hmm...”
“Owh...Kalau Naufal muncul depan mata kau sekarang, apa kau nak buat?”
“Aku nak mintak maaf banyak-banyak kat dia...”
“Tu je ke?” satu suara bertanya.
Aku berpaling ke kiri. Naufal! Sambil tersenyum lelaki itu mengambil tempat di depanku.
“Err...Naufal...saya nak mintak maaf pasal hal-hal sebelum ni...”
“Nuriy, saya tak pernah simpan dalam hati pun. Saya tau saya ni penyibuk.” Ah! Terkena aku apabila dia mengulangi ayat-ayat aku dulu.
“Saya cuma rimas je sebab masa tu saya tengah ada masalah...hmm awak pergi mana dah lama tak nampak?”
“Saya masih ada kat sini cuma tak menjelmakan diri depan awak aje sebab awak kan dah tak nak tengok muka saya lagi.” Aduss...terkena lagi aku...
“Naufal, saya mintak maaf okay...” sekali lagi aku memohon maaf. Aku dah tak nak gaduh-gaduh lagi dengannya. Naufal angkat tangan tanda menyerah.
“Okay...okay...Saya gurau jelah Nuriy. Awak ni macam lah tak kenal saya yang lurus bendul ni.”
Hah?! Mana dia tau aku panggil dia mamat lurus bendul? Ni mesti si Ilma yang punya angkara. Lagi-lagi terkena.Huhuu...
“Dah-dah...Nuriy, lain kali kau kenalah kenal dulu si Naufal ni baru kau boleh describe dia ni macamana. He’s very caring dan kalau kau nak tau selama kau tak nak tengok muka dia ni dia selalu mintak aku ngan kawan-kawan kita yang lain take good care of you sampai kami pun dah naik bosan tau. Hahaa!”
Yatie ketawa begitu juga Naufal. Aku yang macam baru lepas terkena macam dalam rancangan Bang Bang Boom pun turut sama ketawa. Terasa diri begitu dihargai.
“Habis tu, macamana pulak awak boleh tiba-tiba muncul depan saya hari ni?” tanyaku kemudian.
“Saya dengar awak cakap awak nak mintak maaf. That’s mean awak dah tak marahkan saya dan dah boleh tengok muka saya.”
“Macamana awak boleh dengar pulak? Awak dah lama tak duduk kat bangku depan saya tu?”
“Saya memang dah tak duduk depan awak tapi saya pindah port duduk kat bangku belakang awak pulak.”
“Hah?!” Aku terkejut sambil memandang ke bangku di belakang. Selama ni aku tak perasan pun yang dia bukannya ‘hilang’ terus dari pandanganku tetapi tetap ada di belakangku. Tak sangka walau dimarahi sebegitu rupa, Naufal tetap mengambil berat akanku. Aku pandang Naufal dan dia tersenyum manis. Manis ke? Huhuu...
Ilma dan rakan-rakanku yang lain kemudiannya muncul mengambil tempat di meja ini. Semua kulihat bergelak ketawa bagai tiada apa yang memelikkan mereka dengan kemunculan Naufal di kalangan kami. Aku dapat mengagak mereka sememangnya telah lama rapat dengan Naufal dalam diam. Sebab tu mereka nampak kamceng aje. Hampeh betul la diorang ni...
Dalam keriauhan gelak ketawa kami, Naufal tiba-tiba berbisik sesuatu padaku.
“Nuriy...saya nak awak tau sesuatu...”
Aku kerutkan dahi memandangnya.
“Saya tetap ada untuk awak tak kira apa pun berlaku...” sambungnya.
“Thanks Naufal...”
Segaris senyuman terukir dibibirku. Senyuman bahagia.
~©nur adilin~
2 komenkamu:
sweetnye~=)
thanx...=)
Post a Comment