BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 14, 2010

Cerpen : Semanis Gula-gula Kapas


“She lives in a fairytale

Somewhere too far for us to find
Forgotten the taste and smell
Of the world that she's left behind

It's all about the exposure the lens I told her
The angles were all wrong now
She's ripping wings off of butterflies
keep your feet on the ground
when your head's in the clouds
Well go get your shovel
And we'll dig a deep hole
To bury the castle, bury the castle
Well go get your shovel
And we'll dig a deep hole
To bury the castle, bury the castle

~~Brick by boring brick - PARAMOE”

~~ “Adus... Masa bila plak aku jemput Paramore dalam mimpi aku nie... Memang lah vokalis dia cun-melecun... Macam Putri Gunung Santubong (bajet penah tengok la putri tu kunun...) Tapi jangan la memekak kat dalam gegendang telinga aku nie... Gua nak tidoq la Paramore...”

Membebel aku sorang-sorang dalam mata yang masih terpejam memarahi Paramore... Padahal aku memang upah diorang untuk kejut aku pagi-pagi.. Lagu Brick by Boring Brick aku jadikan alarm aku pagi-pagi untuk bangun. Memang tu lah rutin harian dorang... Aku agak Paramore pon dah nak letak jawatan dah... Dah la boring kena kejutkan aku pagi-pagi siap kena marah lak lagi... Pakej tuu...

“Woi Husien!!! Bangun la beb!! Dah lewat nie!!!”

Aku sengaja meninggikan suara aku yang merdu macam P.Ramlee nie untuk mengejutkan rumate aku yang masih terbungkang terkangkang macam lipas menangisi kehilangan anaknya... Dia pon bangun dengan matanya yang sebelah terbukak... Sambil melihat sekelilingnya... Dengan muka macam kulat... Owhh... Dalam hati aku berkata~

“Apa la dia nie mimpi... Kena kejar ngan mak cik cafe kot?!!”

Tersenyum aku sendirian pagi-pagi yang sejuk nie melihat gelagat rumate aku yang masih berbungkuskan selimut gambar Spongebob diatas katil.

Aku terkedek-kedek membawa bekas mandi aku menuju ke bilik mandi sambil memikirkan apa agenda aku hari nie. Kulihat sekeliling. Semua member aku sedang bersiap. Di sebelah kanan ada yang sudah mandi. Kupandang kiri pulak ada yang baru rasa nak bergegas ke bilik mandi.

“Eh, dah lambat aku nie! Siot btol Paramore! Awat tak kejut aku awal-awal?!!” sambil membebel aku bermarathon ke bilik mandi.

“Mozzzz!!!!” kedengaran ada suara sumbang memanggil namaku tika aku berlumba-lumba dengan mak cik cleaner sebab nak lekas ke dewan.

“Cis!! Siapakah gerangan makhluk asing nie! Berani btol panggil nama aku pagi-pagi buta yang indah nie...” dengusku dalam hati sambil menoleh ke belakang. Rupa-rupanya...

“Ben!!”

Ben adalah tablemate aku kat dalam kelas... Dia jugak antara kawan baik aku... Kawan gila-gila aku... Dan disini, Ben ngan aku adalah satu-satunya spesies makhluk mutant yang otaknya sudah dimasuki air bergelen-gelen...

“Hoh! Ingatkan sapa tadi! Kacau btoi la ang nie... Aku sikit lagi nak potong makcik tu... Kalo tak mesti aku dah menang dah...”

“Ahahaha!! Tunggu lah aku jap, Mozz... Kita jalan skali laa... Kata sehati berdansa! Ahahaa!!” Ben terbahak-bahak gelak kat aku. Dah macam jin dalam citer Ahmad Albab dah aku tengok gayanya. Nasib baik masa tu aku masih ‘under control’... Kalau tak, maunya aku gigit-gigit idung dia tu... Sabor-sabor Mozz... Cobaan...

Bertemankan Ben, aku kembali ke trek untuk menyertai semula perlumbaan dengan makcik cleaner tadi. Dalam kekalutan mengejar makcik cleaner di hadapan, Ben tiba-tiba bersuara merdu...

“Abang Mozz, Abang Mozzzz... Ang dah hafal lirik lagu Dondang Sayang...?” Ben menyoal aku dengan penuh kemanjaan. Siap panggil aku ‘Abang Mozz’ lagi! Euwww...

Opss! Terlupa plak, kami nie sebenarnya adalah kaum mutant yang dipaksa masuk kumpulan koir... Dan hari ini ada raptai penuh di dewan bersempena konvokesyen tahun nie.

“Blom lagi maa...” jawab ku ringkas tapi padat.

“Pastu camner nie? Jap lagi nak nyanyi bro!” bebelan Ben bergema.

“Alah... Apa susah? Kita ikut jer lah akak kat depan kita tu... Orait?!” sahutku.

Tiba-tiba muka akak kat depan kami semasa koir memecah masuk ke dalam kotak otak aku tanpa aku izinkan... Tapi ok jugak dia nak masuk pon... Layann...

Sebelum terlupa lagi, kumpulan koir kami nie terdiri daripada burung-burung jantan yang macho-macho dari kelas aku dan diserikan pula dengan kicauan burung-burung betina dari kelas Prasekolah.

“Okay semua!! Ambik tempat masing-masing... Kita dah lewat nie!!”

Kedengaran suara takleh cari makan pengacara majlis yang resah, gelisah dan kelam kabut tak tentu pasal dari mula-mula aku masuk dewan mengarahkan kami mengambil tempat supaya raptai boleh dijalankan. Tiba-tiba...

“Mozz... Tolong alihkan kipas tu hala kat akak jap... Kipas tu tinggi sangat lah... Akak tak sampai... Plizzz...”

Perasaan aku masa tu... Owh... Macam nak terkencing dalam seluar pon ada... Btol-btol terkesima aku sebentar mendengar suara akak tu yang ala-ala vokalis ‘Selamat Pagi Gadis’ itu.

“Okey akak! Bisa diatur!” jawabku pantas sepantas tanganku mengalihkan kipas dinding tersebut. Akak tu kemudiannya mengucapkan terima kasih padaku dengan senyumannya yang paling manis bak lori gula tumpah di atas jalan raya... Serta merta mulutku ternganga bak sawah padi yang terbentang luas. Sangat terpesona dengan senyuman itu! Masa nie aku rasa macam semua orang dalam dewan tu memerhatikan aku... Opss! Terlebih sudahhh!

Semasa dalam barisan koir, sesekali kulihat akak tu menoleh ke belakang, melayangkan senyuman manisnya yang boleh membuatkan semut pon berebut-rebut nak berlegar-legar di bibirnya dek kerana senyumannya yang sangat manis tu... Mungkin dia geli hati melihat gelagat aku dan Ben yang nyata memang tak boleh duduk diam ini. Pasti ada saja lawak sarkis yang kami buat untuk menghilangkan rasa boring sementara menunggu giliran kumpulan koir kami beraksi.

“Weih Mozz!! Awat ang nie... Dah macam kucing ilang ayah jer aku tengok dari tadi?” tanya Ben semasa kami melangkah keluar dari dewan selepas tamatnya raptai tadi.

“Tak dak apa lah...” jawab ku ringkas. Busybody plak Ben nih!

Sebenarnya dalam diam-diam aku mengagumi deria rasa Ben. Hebat btol kawan aku nie dapat menghidu kepelikan diriku sepanjang raptai tadi. Tiba-tiba suara akak tadi kembali terngiang-ngiang di gegendang telinga ku... Masih tak keluar-keluar dari tadi. Aku pon tak tahu mengapa sindrom pelik nie menimpa diriku... Ishh!!!

“Bennn!!” terlajak perahu boleh di undur, terlajak suara aku keluar memanggil nama Ben ini terpaksa lah aku bersuara jugak...

“Haa... Awat?! Ang nak berak ke?!” jawab Ben spontan.

“Jom mintak nombor telepon akak tadi! Jom la teman aku jap...” aku merayu-rayu Ben macam bayi yang nak mak dia buat susu Anmum untuknya.

“Isk!! Btoi ka ang nie?? Cam tak caye jer... Kata anti pompuan...” bebel Ben yang mulut macam burung murai yang nak beranak anak sulong tu.

“Alaa... Plizzz...” aku merengek manja.

“Haa yela-yela... Jom! Tapi... ada upah tak??” Ben angkat kening ala-ala The Rock.

“Aku belanja ang makan seminggu! Beres??”

“Oraitt!!!”

Sampai je aku di dewan tu, dengan rasa berat sangat kaki aku melangkah nie... Aku beranikan diri menuju ke arah akak yang sedang berbual-bual dengan rakannya itu... Aku dapat rasa jantung aku nie terjatuh kat lantai masa berada btol-btol depan akak tu. Dup...Dup...Dup...Dup... Jantung aku tu berdegup kencang diatas lantai dewan...

“Errmmm... Akak!” lidah ku rasa tebal macam dibaluti ais... Ishh!! Awat susah sangat nie nak cakap!!

“Aha, Mozz... Nape??” akak tu bersuara merdu. Tetapi aku masih lagi memandang kebawah melihat jantungku yang masih berada dilantai dewan. Bergerak-gerak kadang-kadang ke kiri... Kadang-kadang ke kanan...

“Err... Nak nombor telepon...” Aku cuba melembutkan lidah ku yang tak bertulang nie. Masa tu aku rasa macam bumbung dewan nak jatuh jer...

“Hah!! Nombor telepon?? Nak wat apa?” tanya akak tu heran.

“Tak bleh takpe la akak...” jawabku separuh putus asa.

“Bleh ajer...” sambil akak tu menulis nombor telepon nyer diatas tapak tangan aku... Masa tu darah masih lagi tak mengalir dalam tubuh ku... Dari tadi lagi darah aku berhenti mengalir tika aku berdepan dengan akak tu. Seluruh badan rasa krem semacam diserang parkinson.

“Tima kasih kak!” aku mengambil jantungku diatas lantai... Lalu cepat-cepat menuju ke arah Ben yang sudah seperti batu bersurat menunggu aku dari tadi.

“Awat lambat sangat?!! Dapat tak? Penat aku tunggu nie...” bebelan Ben berdengung di telingaku.

“Dapat!!” sahutku. Ben menunjukkan isyarat bagus sambil tersengih mengenangkan habuan yang akan diperolehinya nanti. Kenyang la perot memerang bengong nie seminggu dapat makan free...

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”


Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”


“Aku lagi kenal dia”

~~150 juta-Fynn Jamal

~~Lagu Fynn Jamal berkumandang dalam ruang sunyiku... Sambil aku membaringkan badan ku yang sasa ala Arnold susah nak eja nie ke tilam keras ku... Wajah akak tadi masih berlegar-legar dalam hatiku, otakku, dan juga buah pinggang ku... Owhh akak manis...

“Ishk!! Kenapa dengan aku nie!” bentakku dalam hati. Aku pon tak mengerti perasaan pelik ini. Lain macam benar dengan rasa makan megi kari.

Aku mengambil telepon ku yang dari tadi ku pandang tanpa jemu. Hajat di hati nak hantar mesej kat akak tu, tapi takut lah plak... Takut menganggu... Takut mesej ku nanti tak dialu-alukan... Macam-macam la takut yang datang tapi... Aku dah nekad!! Aku mesti mesej akak tu!!! Go-go Power Ranger!!!

“Salam... Akak wat per??”

“Sory lah ganggu... Saya nie, Mozz...”

“Nak tanya... Esok koir pukul berapa start??” (padahal dah tau...)

Berkali-kali aku melihat teks mesej tu. Bak kata Fynn Jamal mungkin jugak dah dekat 150 juta kali... Jari aku nie macam dah kena bomoh. Payah sangat la nak tekan butang ‘send’... Asyik main cikucak nak tekan ke tak mau. Last-last aku tekan jugak.

Dan dengan mata ku pejamkan, aku menanti dengan pelbagai rasa dalam hati nie. Selepas beberapa minit...

“Tut...Tut...Tut...!!” (bunyi sms masuk)... Rupa-rupanya akak manis balas mesej aku. Tiba-tiba aku rasa macam nak terjun blok jer masa aku dapat mesej tu. Teruja, gembira dan entah apalah lagi yang aku rasa sekarang nie... Apakah sindrom yang melanda aku nie pon aku tak tahu.

**********

Pagi ini adalah hari konvokesyen di tempat pengajianku. Entah mengapa aku rasakan mukaku tersenyum sentiasa sejak bangun dari tidur. Macam kerang busuk yang tak sedar diri. Memori bermesej dengan akak manis semalam bagaikan datang tanpa disuruh menjenguk ke segenap ruang kosong ku. Tiba-tiba lamunan ku di ‘roadblock’ oleh makhluk yang otaknya ada semut yang banyak. Siapa lagi kalau bukan si Ben...

“Woittt Mozz!! Tunggu lah aku ni...” berlari-lari anak ketam dia mendapatkan aku.

“Sampai hati kau meninggalkan aku Mozz... Cet!” leteran penuh skemanya berkumandang di telingaku. Tetapi aku tak hiraukan suara sumbang Ben kerana aku lebih memfokuskan pada semangat baru untuk aku mempercepatkan lagi kelajuan langkah kaki nie ke dewan.

“Ang tu lambat sangat. Macam siput sedut hilang mak!” giliran aku pulak berleter. Sudahnya Ben ketawa terbahak-bahak.

“Mozz! Aku tengok ang ari nie len macam laa... Ceria macam orang baru dapat baby jer... Hehee...” teguran Ben tu membuatkan aku tersentak. Uishh! Ben memang ada six senth!!

“Erk... Mana ada... Macam biasa jek nie...” cubaan meng‘cover’ ku harapkan berjaya sambil aku menyembunyikan senyuman ku yang dari tadi lagi tersembul. Ben kemudiannya diam lalu kami bergegas ke dewan. Yess! Berjaya cover!!

Hari ini aku bertekad untuk menanyakan nama si akak manis tu. Yea, sejak dari mula aku mengenalinya aku masih belum sempat menanyakan namanya. Aku hanya memanggilnya si manis. Pelik tapi benar. Namnun itulah kenyataannya.

Sesampainya didewan, wajah kesayangan hamba yang aku cari sudah pon melemparkan senyuman paginya kepada aku. Alangkah bertuahnya aku rasa. Kalau boleh aku framekan senyuman itu, nescaya akulah orang pertama yang akan membuatnya. Tetapi aku agak musykil kenapalah hari ini aku rasakan tahap kemaluanku tak dapat dibendung-bendung lagi...

Kami beratur diluar dewan untuk menunggu giliran persembahan kami. Pada masa tu aku dan Ben betul-betul beratur bersebelahan dengan si akak senyuman manis tu. Kurasakan spenderku sudah basah lencun dek kerna peluh ku yang keluar tanpa henti-henti macam air sungai Kulim pabila aku bersebelahan dengan akak tu. Lalu bibir ku meluahkan nahunya...

“Ermm... Akak!” aku cuba memuntahkan apa yang tersirat didalam mulut ku.

“Yer Mozz... Ada apa?? Nak terkencing ker?” dengan slumber badak airnya akak tu membalas.

“Nama akak apa ek??” aku cuba dengan segala kudrat ku untuk menanyakan soalan tersebut walaupun aku dah rasa anggota badan nie dah kejang semacam aje.

“Owhh... Nak tanya nama jer... Ingatkan apa la tadi... Sebab muka awak macam nak kena sembelih jer akak tengok... Hehe” balas akak tu memerli aku. E’eh... Nak jer aku cubet-cubet pipinya masa tu.

“Panggil jer akak Niaa..” dengan lembut dia melafazkan namanyer. Eeeee....manjanya... membuatkan aku lebih geram nak mengomol-gomol si cantek manis nie.

“Owwhh... Sedap nama tu, macam orangnya jugak...” jawapan ku tadi berjaya membuatkan bibirnya menguntum senyuman gula prai yang bertan-tan kepada ku. Dan secara tiba-tiba suasana dalam dewan kurasakan bertukar menjadi sebuah taman yang indah bak syurga dek penangan senyuman itu... Oh indahnya...

A lovestruck Romeo, sings the streets of serenade
Laying everybody low with a love song that he made
Find a streetlight, steps out of the shade
Says something like, "You and me, babe, how about it?"

Juliet says, "Hey, it's Romeo, you nearly gave me a heart attack"
He's underneath the window, she's singing
Hey, la, my boyfriend's back"
You shouldn't come around here, singing up at people like that
Anyway what you gonna do about it?

Juliet, the dice was loaded from the start
And I bet and you exploded in my heart
And I forget, I forget the movie song
When you gonna realize, it was just that the time was wrong, Juliet?

Come up on different streets, they both were streets of shame
Both dirty, both mean, yes and the dream was just the same
And I dream your dream for you and now your dream is real
How can you look at me, as if I was just another one of your deals?

Well, you can fall for chains of silver, you can fall for chains of gold
You can fall for pretty strangers and the promises they hold
You promised me everything, you promised me thick and thin
Now you just say, "Oh, Romeo, yeah, you know
I used to have a scene with him"

Juliet, when we made love, you used to cry
You said, "I love you like the stars above, "I love you till I die"
There's a place for us, you know the movie song
When you gonna realize, it was just that the time was wrong, Juliet?

I can't do the talk like the talk on the TV
And I can't do a love song like the way it's meant to be
I can't do everything but I'd do anything for you
Can't do anything except be in love with you

And all I do is miss you and the way we used to be
All I do is keep the beat, the bad company
And all I do is kiss you, through the bars of a rhyme
Juliet, I'd do the stars with you any time

~~Romeo n Juliet—The Killers

Petang itu termenung aku di luar jendela sambil ditemani alunan lagu Romeo n Juliet by The Killers. Bibirku sudah semakin lebar beberapa inci kerana asyik melemparkan senyuman mengingatkan peristiwa ber ‘sms’ semalam. Aku rasa hari nie jer dah berjuta-juta kali aku tersenyum sendirian bagaikan siput sedut yang berjaya kawin lapan.

“Ishk!! Apalah dah jadi dengan aku ni??!! Dah gila agaknya...” bebelku seorang diri mengenangkan diri sendiri yang tak berapa keruan semenjak dua menjak ini.

Tiba-tiba...

Tut..tut..tut..tut... Handphone ku berbunyi merentap pergi lamunanku yang baru hendak berbenih. Cepat-cepat aku berlari ke handphone ku sambil hatiku berbisik...

“Huh!! Sapa plak nie hantar mesej kat aku nie... Tak malu btol!!”

“Tapi... Mintak-mintaklah akak Nia yang hantar...” sempat lagi aku berharap didalam hatiku.

Jariku pantas membuka inbox. Dengan tak semena-mena bibir ku mengukirkan senyuman yang ke 524 juta sambil gambaran muka si ‘dia’ melayang-layang menerjah otak ku yang lembut lagi suci nie...

Sambil berguling-guling ala-ala babak filem hindustan atas katil kerasku, membaca mesej-mesej yang dihantar dan dibalas, aku seperti merasakan kami mempunyai persamaan yang tidak dapat dinafikan lagi. Mungkinkah dia bakal permaisuri hatiku nanti?

“Mozz!! Akak lapar lah... Mengidamlah pulak nak makan KFC... Tapi hujan lebat sangat kat luar tu... Hurmmm...” kesian plak aku dengar. Bunyinya macam dia tak pernah jer makan KFC...

Lalu ku membalas...

“Yeke... Takpe-takpe... Nanti putera gunung Jerai datang membawa santapan kat akak puteri si cantik manis yer...hehehee...”

Lalu sepantas kilat aku menyambar dan menggenggam erat baju hujan lusuh ku... Kunci motor kucapai dan helmet kupakai sebagai langkah keselamatan. Bak kata orang, “Ingatlah orang yang tersayang...”

“Ish... Hujan lebat sangat nie... Apsal aku nak gi beli KFC plak... Tak pasal-pasal lencun aku dibuatnya nanti...” tiba-tiba hatiku berbisik. Memang kebiasaannya sebelum nie kalau hujan memang aku tak akan kuar dari bilik.

“Takpelah... Bukan selalu pon...” ku cuba memujuk hati ini. Lalu aku menghidupkan enjin motosikal buruk ku dan terus berlalu tanpa menghiraukan guruh petir yang sukarela menemani aku sepanjang perjalanan.

Dan 30 minit kemudian...

“Heelllooo akak!! Turun la cepat... Saya kat bawah nie... Putera gunung jerai datang membawa santapan nie...” dengan cermat aku menyusun ayat menyembunyikan suara yang bergetar dek kerana kesejukan.

Tiba-tiba aku terpandang sesuatu yang belum pernah aku lihat sebelum ini. Aku merasakan seperti berada didunia yang lain... Mungkin di Planet Pluto agaknya...

“Mozz!!” tiba-tiba aku tersedar dari lamunan ke Planet Pluto tadi dan kembali ke planet bumi... Baru aku perasan rupa-rupanya pandangan indah yang ku lihat tadi adalah senyuman manis akak Nia... Pergh!! Menusuk kalbu...

“Akak...nah amik nie... KFC, terus dari ladang...” aku menyerahkan bungkusan putih berlatarbelakangkan wajah atok tua berambut, bermisai dan berjanggut putih itu kepada akak manis yang betul-betul berada dihadapanku.

“Laa Mozz... Nape susah-susah nie... Kan hujan nie... Tengok awak tu... Dah lencun dah... Nanti demam kang sape susah...Tak lama lagi nak exam dah...” leteran akak manis nie membuatkan mukanya lagi manis...

“Alah... Bukan slalu pon akak...” aku membalas senyumannya dan berlalu pergi. Dah tak tahan aku sejuk-sejuk nie. Dan malam tu seperti yang dijangka, aku demam... Nasib ada akak manis yang sudi menemani aku dengan mesej-mesejnya yang menjadi ubat segala kebah demamku...

Malam bersejarah tu aku lalui dengan penuh keceriaan. Kami bermesej sampai pukul 4 pagi! Dia tak leh tido. Aku pun tak leh tido jugak. Dah macam berjanji pulak lagaknya. Dan dari saat itu bermulalah persahabatan kami... Sebagai adik dan kakak angkat selama beberapa bulan sehingga lah kami masing-masing terangkat tanpa disedari...

Kami mula mengenali hati budi masing-masing. Sama-sama menjaga makan minum. Aku meredah hujan dikala dia mengidam, mendengar pabila dia bercerita, menolong pabila dia perlukan pertolongan, menceriakan pabila dia muram malah menyanyi dodoikan tidurnya setiap malam...

“Awak...”

“Yea Mozz...”

“Mintak tolong sket bleh...”

“Apa dia Mozz??”

“Tolong jadi teman hidup saya...

“Kesudian saya berganda-ganda melebihi kesudian awak Mozz...”

Owhh... Masa ni baru lah aku tahu macam ni rupanya rasa gula-gula kapas... Sangat-sangat manis... =)



p/s: ekceli cerpen nie hasil karya Doublecheezeburger & ditokoktambah oleh sy. enjoy!~ :)








5 komenkamu:

syazwan safwan said...

hmmm..
kisah ni macam kt maktab je..huhu..
kisah cinta sape ni..
mesti budak yg masuk koir masa konvo aritu kan...

nur adilin said...

ho3...mmg kisah benar nie...
berlaku di ipg kta saje... :)
tp identiti watak2 utama dirahsiakan... ;p

syazwan safwan said...

sape la Doublecheezeburger..
rasa mcm penah dengo la..
tp nggak tahu di mana..

nur adilin said...

ha3...xyah pk r wan...
kang xleh tdo plop... ;p

nur adilin said...

owh lpa plop nk kabo ke wan...
doublecheezeburger nie blh dijumpai d mana2 rangkaian restoran makanan segera MC'D~~ ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails