BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 17, 2009

lukisanku...


nie salah 1 dr lukisan yg aku lukis sendiri. aku paling suka lukisan nie sbb aku "berjaya" hasilkan 1 lukisan yg berwarna akhirnya. sebelum nie aku suka lukis dgn pensel semata2. walaupun xcantik, tp aku suka sbb aku mmg xreti mewarna n nie 1 pencapaian yg baik bg diri aku sendiri. hohho...(^_^)

Thursday, August 6, 2009

Cerpen : Ultraman Hati Rissa


“Rissa...”

“Ya?”

“Petang ni awak free tak?”

“Free je...Kenapa?”

“Saya nak ajak awak keluar, boleh?”

“Err...Nak pegi mana?”

“Minum-minum ke...”

“Aaa...Err...”

“Boleh ek?”

“Saya tak boleh nak janji lah...”

“Kenapa?”

“Sebab petang-petang saya selalu tido!”

“Tido??”

“Nantilah saya bagitau balik ek? Ek? Ek?”

“Err... Okay...”

Ezany terkulat-kulat memandangnya. Rissa sekadar senyum dan cepat-cepat berlalu ke meja lalu mengambil tempat dimana Maira dan Hasni sudah menantinya. Gelas berisi Milo ais itu diletak di sisi pinggan nasinya.

“Kak Rissa, betul ke si Ezany tu ajak akak keluar petang ni?” belum apa-apa Maira sudah bertanya. Rissa sedikit terkejut.

“Eh! Mana kau tau?”

“Kami dengar tadi!” sampuk Hasni.

“Owh...ha’a...” Rissa sekadar berbasa-basi. Tak penting pun baginya perkara tersebut.

“Waahhh...Ni berita baik ni!” Maira bersuara girang.

“Apa yang baiknya tu?” Rissa hairan. Tiba-tiba pula Maira terlebih happy mendengar khabaran itu.

“Yelah, mamat tu nak confess kat akak la tu yang dia suka akak and nak akak jadi awek dia!”

“Hishh...Takde maknanya! Tak mungkinla...”

“Kenapa pulak?”

Rissa hanya mencebik. Bosan mahu melayan soalan Maira itu. Sebenarnya Ezany memang sudahpun confess padanya dan dia juga telah dilamar oleh lelaki itu untuk menjadi teman wanitanya. Namun Rissa meminta ruang masa untuk memikirkannya dan sehingga kini Ezany masih tidak berputus asa mengajaknya keluar.

Didekatkan gelas lalu straw diletak dibibirnya. Belum sempat menyedut minumannya, Rissa terpandangkan Ajiff bersama-sama Badrul dan Izad yang duduk selang dua meja darinya. Rissa memberikan senyuman. Lelaki itu hanya memandangnya tanpa perasaan. Kemudian Ajiff bangun tiba-tiba.

“Aku blah dulu!”

“Eh Jiff! Bakpo cepat sangak? Mung nok gi manno?” soal Badrul hairan.

“Balik tido!” ringkas tapi padat jawapan yang Ajiff berikan.

Ajiff berlalu. Sempat dia memandang Rissa. Senyuman gadis itu tidak dibalasnya. Rissa hairan dengan sikap Ajiff sebentar tadi. Seingatnya Ajiff tak pernah berkelakuan seperti itu. Biasanya jika bersama dengan rakan-rakannya, kalau tidak menegur pun paling kurang lelaki itu akan tersenyum padanya.

“Hmm...Datang bulan kot!” monolognya di dalam hati lantas minumannya disedut perlahan-lahan.

Ajiff merebahkan badan ke katil. Kipas yang berputar sedikitpun tidak dapat menyejukkan hatinya yang sedang panas waktu ini. Ajiff cuba melelapkan mata, malas mahu memikirkan apa-apa. Namun tetap gagal. Fikirannya kacau. Apa yang dia mahu sekarang hanyalah tidur. Ajiff bangkit ke meja Idham. Dibelek-belek buku yang tersusun di rak rakan sebiliknya itu lalu dicapainya satu novel.

“Sungguh Aku Cinta...Hmm boleh tahan jiwang tajuk dia...” bisiknya perlahan. Ajiff tersenyum kerana dia sudah menemui bahan yang boleh membuatnya lena dengan cepat. Bukan kerusi urut Ogawa, tetapi novel cinta!

******************************

Rissa merenung telefon bimbitnya. Mesej yang dihantar kepada Ajiff seketika tadi masih tidak berbalas. Risau pula dia memikirkan sikap Ajiff yang berbeza kebelakangan ni. Mungkinkah Ajiff sedang menghadapi masalah. Selalunya mereka berdua berkongsi masalah bersama. Rissa cuba mengingat kembali jika dia ada berbuat salah terhadap lelaki itu. Memang tak ada.

“Dia ada kerja kot...tengok malam ni lah camne.” Bisiknya tanpa mahu mengesyaki apa-apa lalu dia berbaring di katilnya.

Teringat pada Ezany membuatkan Rissa pantas menghantar sms. Mahu memberikan jawapan untuk ajakan lelaki itu petang ini. Seketika kemudian Rissa hanyut dibuai mimpi.

******************************

“Persamaan korang berdua ialah...” kata Hasni sambil memandang Maira.

“Suka tido petang!!!” sambung Maira pula disusuli gelak Hasni.

“Mana ada sama!!!” pintas Rissa dan Ajiff serentak.

“Wei! Kami dah lama kenal korang tau! Memang sama je!” celah Maira.

“Tapi orang turun main sukan petang-petang tau!” Ajiff menyuarakan rasa tak puas hatinya.

“Eleh! Apa ingat orang tak bersukan ke petang-petang?!” Rissa mencelah. Juga tak puas hati.

“Hah! Awak bersukan apanya kat bilik tu? Berenang kuak lentang?!”

“Bukan la!”

“Habis tu?!”

“Orang buat poco-poco!” balas Rissa.

“Oit! Poco-poco mana kira bersukan!”

“Poco-poco tu kan satu senaman. Kira sukan jugak la!” ujar Rissa yang masih tidak mahu mengalah kepada Ajiff.

“Hah! Sudah! Sudah!! Asyik bertekak je! Aku kahwinkan korang berdua baru tau!!!”

Mendengarkan sergahan Hasni, masing-masing terdiam. Rissa menelan liur. Tiba-tiba teringatkan kata-kata ibunya semalam. Wajahnya bertukar muram. Dia bangun lalu berlalu meninggalkan mereka semua dalam kebingungan.

“Rissa tu kenapa?” soal Ajiff hairan.

“Kesian dia...” Hasni melepaskan keluhan beserta riak wajah yang agak mendung.

“Kak Has! Cakaplah kenapa kesian kat dia pulak?”

“Semalam mak dia telefon, cakap nak kahwinkan dia dengan sepupunya yang kerja kat Putrajaya tu...”

“Hah?! Kahwin?!” Ajiff terjerit kecil. Cepat-cepat dia menutup mulutnya yang separuh ternganga itu.

“Yalah, kahwin...yang kau terkejut lebih-lebih ni kenapa?” soal Hasni sedikit terkejut.

“Takdela...Tiba-tiba je...” Ajiff bersuara perlahan.

“Tiba-tiba apanya, Rissa tu bukannya muda lagi. Dah 26 tahun. Memang patut la mak dia suruh kahwin.”

Umur Rissa! Baru Ajiff teringat itu.

“Habis tu...Rissa terima?”

“Dia tak nak la Ajiff oii... Hmm akak pun tak faham, dia nak tunggu apa lagi. Sepupu dia tu dahlah hensem, kerja gomen, ada kereta, rumah dah beli...Bini je takde lagi!” berapi-rapi Hasni memberitahu.

“Err...Berapa umur sepupu dia tu, kak?”

“Tak silap akak dia cakap 33 tahun...”

Ajiff mengeluh perlahan. 33? Usia yang cukup matang bagi seorang lelaki. Apatah lagi dengan aset yang sudah dimilikinya.

“Ajiff... Kau... suka Kak Rissa ekkk?” tiba-tiba Maira bersuara menyebabkan Ajiff hampir terjatuh. Nasib baik tangannya cekap berpegang pada tiang disitu. Berbaloi jugak la dia bermain tenis setiap petang.

“Apa kau merepek ni Maira?!” soal Ajiff, bengang dengan soalan Maira itu.

“Betul ke Ajiff?!” Hasni pula menerkam.

“Mana ada Kak Has! Maira saja je wat lawak biawak tu!”

“Kalau tak betul...kenapa kau gelabah semacam je?” duga Maira lagi.

“Mana ada aku gelabah!”

“Elehh... Aku perasan lama dah kau suka Kak Rissa!”

“Kau jangan pandai-pandai Maira!” bentak Ajiff keras.

Cepat-cepat dia beredar dari situ. Sayup-sayup dia dengar suara Kak Hasni memanggil-manggilnya. Makin lama makin jauh suara itu ditinggalkan.

“Kenapa akak tak perasan ek...?” tiba-tiba Hasni teringatkan sesuatu.

“Apa yang akak tak perasan tu?” soal Maira kehairanan.

“Yang selama ni... Ajiff tak pernah panggil Rissa tu Kak Rissa...Hmm...”

Seketika Hasni dan Maira saling berpandangan.

*****************************

“Gila betul budak Maira tu! Boleh dia serkap jarang camtu depan Kak Has. Malu aku! Huh!” marah benar Ajiff dengan tingkahlaku Maira tadi. Dan serkap jarang sebegitu lah paling ditakutinya. Hampir pitam dibuatnya.

Ajiff berjalan pantas menuju ke tempat parkir kereta. Dia berhajat mahu keluar mengambil angin luar sebentar. Tiba-tiba matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang di kerusi taman mini. Rissa! Perlahan-lahan Ajiff menghampirinya.

“Rissa...”

Rissa berpaling bila mendengar namanya dipanggil. Dilihatnya Ajiff tersenyum sambil melangkah ke arahnya.

“Kenapa nangis?”

“Takde apa-apa...”

“Tengok tu...Awak citer lah kat orang...Macam tak biasa pulak.”

“Orang dah cakap kan takde apa-apa!” bentak Rissa.

“Amboi! Garangnya...Tadi makan tebuan ek? Hmm... Rissa, orang dah tau masalah awak tu...Tadi Kak Has dah bagitau orang...”

Rissa memandang Ajiff sayu. Kalaulah lelaki ini faham kenapa dia menangis...

“Pendapat awak?” Rissa tiba-tiba menyoal.

“Ek? Pendapat orang? Hmm...orang pun tak tahu nak komen camne...semua ni awak yang kena buat keputusan...Lagipun, orang tak faham kenapa awak susah hati pasal ni. Kalau awak tak nak, awak cakap jelah kat mak awak elok-elok. Dia tentu faham...” jawab Ajiff panjang lebar.

“Kalaulah semudah tu...” Rissa bersuara perlahan. Sedikit keluhan terdengar disebalik suaranya.

“Kenapa pulak? Awak kan dah besar. Dah boleh buat keputusan sendiri. Takkan mak awak nak paksa jugak kalau awak betul-betul tak nak...”

“Awak tak faham Ajiff...Mak orang memang takkan paksa kalau orang tak nak...Tapi, dia ada syaratnya yang susah orang nak penuhi sekarang...”

“Apa syaratnya?”

“Mak orang cakap, kalau orang tak nak kahwin dengan Abang Uzair tu...orang kena bagi 10 sebab kenapa orang tak nak kahwin dengan Abang Uzair...”

“Lorr...tu je ke syaratnya? Awak cakaplah tak nak sebab awak belajar lagi, sebab tak ready lagi ke, sebab tak pandai masak ke, tak pun sebab dah ada pakwe...Kan senang?”

Rissa merenung Ajiff. Lama dia terdiam. Keluhan dilepaskan sekali lagi. Kemudiannya dia bersuara.

“Alasan-alasan tu semua dia tak nak terima. Kalau nak cakap orang tak ready lagi mustahil sebab orang dah 26 tahun. Dia pun kahwin umur 17 tahun. Lagi, kakak orang pun kahwin masa belajar. Sekarang dah ada anak dua pun still belajar lagi. Lagi satu, dia tau orang pandai masak. Orang pun dah terlanjur cakap orang dah ada pakwe. And...” Rissa mematikan kata-kata.

“And...?” soal Ajiff yang tidak sabar mendengar ayat seterusnya.

“Dia nak orang bawak pakwe orang tu jumpa dia...”

Hoh! Kes berat ni! Mana mungkin Rissa dapat penuhi syarat yang itu sebab gadis itu belum ada pakwe. Ajiff membisu begitu juga dengan Rissa.

“Maybe I should accept to be Ezany’s girlfriend... Hmm...” Rissa bersuara tiba-tiba.

“What?! Ezany?! Girlfriend?! No way! Awak jangan buat keputusan terburu-buru camtu Rissa. Awak kan tak suka dia, kenapa awak kena terima dia pulak?”

“Then...How?”

“Rissa, don’t rush okay? Kalau pun awak terima Ezany tu, awak boleh bahagia ke? Awak nak ke berlakon je?”

“I don’t want to...”

“So, there’s nothing you can do with that stupid decision. You should at least fikir apa yang akan berlaku lepas dari tu.”

Rissa diam. Memikirkan kebenaran disebalik kata-kata Ajiff itu. Sememangnya dia tidak mahu mengorbankan perasaannya yang satu ini kepada lelaki yang tidak sedikitpun dicintai.

Melihatkan Rissa, Ajiff semakin mengerti betapa seriusnya masalah gadis itu.

“Apakata...kita keluar jalan-jalan sambil awak fikirkan cara nak settle problem awak ni?”

Rissa memandang Ajiff kehairanan. Dapat mentafsir maksud disebalik kata-kata Ajiff, akhirnya gadis itu tersenyum mengangguk. Lantas mereka ke kereta Ajiff bersama-sama.

******************************

“Tapi mak...”

“Takde tapi-tapi lagi dah Rissa. Mak dah bagi peluang kat kamu bawak calon menantu mak tu datang jumpa mak tapi sampai sekarang tak nampak bayang pun?”

“Rissa bukan tak nak bawak tapi...”

“Hah! Tapi apanya?” kali ini giliran kakak Rissa pula menyampuk.

Rissa mati akal. Dia dah tak kuasa nak berdalih bila diserang bertalu-talu oleh ibu dan kakaknya yang bagaikan tentera Amerika itu.

“Ni mak bagi satu lagi peluang kat kamu, kamu kena bawak jugak calon menantu mak tu minggu depan masa mak buat makan-makan nanti. Mak nak tengok sama ada orangnya boleh celen Abang Uzair kamu tu ke tak!” Rissa terkedu. Arahan ibunya itu ibarat hukuman mati mandatori baginya. Mana nak cari pakwe ni?

******************************

Rissa termenung lagi buat kesekian kalinya. Puas menongkat dagu, dia menongkat pipi pula di meja belajarnya. Pantas jarinya menekan butang ‘shut down’ di laptopnya. Sesenak matanya menghadap assignment, senak lagi jiwanya kini dek arahan tak masuk akal ibunya.

Sesekali Rissa terfikir juga, kenapa ibunya tiba-tiba berubah laku dari seorang yang sangat adil seperti ultraman kini menjadi sekejam raksasa yang menyerang bumi.

Lamunannya mati bila telefon bimbitnya menjerit memintanya menjawab panggilan. Di skrin telefon terpapar nama Ajiff. Rissa menjawab malas.

“Assalamualaikum awak! Buat apa tu?” kedengaran suara ceria Ajiff di hujung panggilan.

“Waalaikumsalam...hmmm takde buat apa-apa pun...”

“Ni kenapa macam takde mood je ni?”

“Memang tengah takde mood pun...hmm...”

“Awak fikir pasal tu lagi ye?” sengaja Ajiff menduga walaupun dia sedia maklum situasi Rissa kini.

“Dah takde benda lain yang orang kena fikirkan sekarang Ajiff...”

“Awak jangan stress sangat. Tak baik untuk kesihatan tu...” nasihat Ajiff bak cikgu PJ sekolahnya dulu.

“Hmm...yelah...” Rissa sekadar menjawab malas. Dia benar-benar tiada mood untuk bercakap apatah lagi beramah mesra.

“Awak dah makan?”

“Takde selera...”

“Ishh...Mana boleh macam tu. Takde selera pun kena makan jugak. Biar orang belikan makanan kat awak.”

“Takpelah Jiff...Orang takde selera lah...”

“Takde-takde! Awak kena makan jugak! Awak nak makan apa?”

“Makan beruang!” pintas Rissa geram. Geram dengan sikap Ajiff yang memaksanya untuk makan sedangkan seleranya sudah hilang entah ke kutub mana.

“Beruang?” soal Ajiff sedikit terkejut.

“Hmm...”

“Ada pulak nak makan beruang...Okey-okey...orang nak keluar ni. Nanti orang call balik awak turun ambik makanan tu.”

“Ajiff!” belum sempat Rissa melarang, talian sudah dimatikan. Rissa mengeluh geram. Bengang juga dia dengan sikap Ajiff yang masih tak nak faham dengan kata-katanya tadi. Adakah Ajiff juga nak jadi raksasa seperti ibunya? Malas mahu memeningkan kepala, Rissa mengambil keputusan untuk tidur saja.

Tidurnya yang lena setengah jam lalu terganggu dengan panggilan dari Ajiff yang memintanya turun ke bawah untuk mengambil makanan yang telah lelaki itu belikan. Dengan rasa malas yang amat, Rissa akhirnya turun juga.

“Ambik ni...” Ajiff menghulurkan plastik berwarna biru itu kepadanya.

“Apa ni?”

“Nasi lah...”

“Kan orang dah cakap orang takde selera...”

“Tak kira. Takde selera pun kena makan jugak...”

“Hmm yelah, yelah...lauk apa ni?” soal Rissa sambil diintainya kandungan dalam plastik biru itu.

“Daging beruang masak merah...” spontan Ajiff menjawab.

“Hah?!”

“Tadi kata nak makan beruang kan? Kan?”

“Ishh awak ni...Ada pulak daging beruang masak merah...”

“Hah senyum pun...Ingat dah lupa camne nak senyum...” sakat Ajiff.

Rissa senyum lagi. Kali ini makin lebar. Ajiff memang pandai mengambil hatinya.

“Rissa...”

“Hmm?”

“Cuti hujung minggu ni orang ikut awak balik kampung ye?” soal Ajiff.

“Eh? Kenapa awak nak ikut orang balik pulak?” Rissa sedikit hairan dengan kata-kata yang baru didengarinya tadi.

“Sebab orang nak jumpa ‘bakal mak mertua’ orang tu la...”

“Hah?!!”

******************************

Rissa masih tersenyum. Beberapa kali dia mencubit pipinya. Bagai tidak percaya dengan apa yang baru dialaminya tadi. Ajiff sukakannya!

“Aku tak mimpi!” bisiknya. Rissa senyum lagi. Teringat akan pertemuannya dengan Ajiff sebentar tadi.

“Ajiff...Jangan main-main boleh tak?” soal Rissa bengang dengan kata-kata Ajiff yang dianggapnya sebagai gurauan itu.

“Rissa, orang dah lama nak bagitau awak tapi orang tak berani. Orang takut awak reject orang mentah-mentah. Orang tak sanggup kalau betul benda tu berlaku kat orang sebab orang serius suka kat awak...”

“Haa...Hahhaa! Sempat lagi ye awak buat lawak biawak Ajiff? But sorry...That’s not funny.”

“Orang tak bergurau lah Rissa! Orang serius ni! Tak nampak ke muka orang serius ni?”

“Ajiff...Awak tau kan orang tengah kusut sekarang ni. Kenapa awak nak jadikan kusut tu makin kusut masai? Kenapa awak nak bergurau dengan orang pasal ni? Orang tak suka tau tak?!”

“Demi Allah Rissa! Orang tak gurau! Orang serius. Orang suka awak!” tegas Ajiff.

Rissa terdiam. Terkejut bila Ajiff bersungguh-sungguh menyatakannya. Kemudian Ajiff menyambung.

“Orang tau awak tengah serabut sekarang. Tapi orang rasa ni lah masa paling sesuai untuk orang bagitau awak!”

“Tapi Ajiff...Orang dah 26...”

“You’re 26 and me, 22. So, what? Apa ada pada umur Rissa? Just a number!”

“Awak cakap senang Ajiff...Awak muda lagi. Masa depan awak masih jauh. Awak boleh cari pompuan yang lagi muda dari orang...”

“Look Rissa! I don’t care about that stupid fact! Apa yang orang tau orang suka awak dan orang sayang awak dari dulu lagi! And... Orang tak nak awak kahwin dengan sepupu awak tu!”

Rissa mati kata. Kali ini Ajiff benar-benar serius dan Rissa sedar akannya kerana dia tidak pernah meilhat Ajiff seserius kini sepanjang mengenali lelaki itu!

******************************

Suasana di rumah Rissa gamat dengan suara-suara saudara-maranya yang datang ke majlis kesyukuran anak saudaranya. Rissa yang sibuk membantu sesekali mengintai-intai kedatangan Ajiff, Hasni dan Maira disebalik keramaian manusia itu.

“Hah! Datang ke calon menantu mak tu?” Kak Lizza tiba-tiba berbisik di telinga Rissa menyebabkannya sedikit terperanjat. Rissa pantas mengurut dada. Dia hanya diam mencebik. Malas mahu melayan usikan kakaknya itu kerana dia sendiri tidak pasti sama ada Ajiff berani untuk datang bersemuka dengan ibunya hari ini.

Tiba-tiba kedengaran salam dari luar. Rissa pantas menjenguk dan dilihatnya Hasni dan Maira tersenyum menghampirinya tetapi Rissa tidak nampak pula batang hidung Ajiff.

“Mana Ajiff Kak Has?” soal Rissa separuh berbisik. Bimbang didengari kakaknya.

“Ajiff tak dapat datang la Rissa...” jawab Hasni. Juga separuh berbisik.

“What?! Hari tu bukan main beria lagi cakap nak datang...” Rissa berkata dengan nada geram.

“Dia takut kat Makcik Zah kot, tu yang tiba-tiba kensel tu...” kata Hasni.

“Sape takut? Tak baik la tuduh-tuduh orang yang bukan-bukan tau...” satu suara tiba-tiba muncul dari belakang.

Ajiff! Serta merta wajah muram Rissa bertukar ceria. Seceria Astro Ceria.

******************************

“Bakal cikgu jugak lah ni ye?”

“Ha’a mak...Eh! Makcik...Err...” Ajiff cepat-cepat memotong. Boleh pulak dia tersasul kata.

Telinganya sempat menangkap bunyi ketawa-ketawa kecil. Dipandangnya wajah-wajah di sekelilingnya satu persatu. Ada yang menutup mulut menahan tawa. Ada yang menekan perut menahan geli. Malu jugak seposen dirasakannya.

“Dah lama kamu kenal Rissa?” Makcik Zah bertanya apabila suasana kembali tenang.

“Dah lama dah makcik...Sejak dari dia mula-mula belajar kat sana lagi...”

“Hmm...Kamu suka ke kat anak makcik tu?” Hah tu dia! Soalan cepu cemas dari bakal mak mertuanya.

“Suka sangat-sangat makcik. Kalau boleh saya nak kawin dengan dia...”

“Kalau boleh ye...Kalau tak boleh camne pulak?” soal Makcik Zah membuatkan Ajiff terkedu. Pandai juga ibu si Rissa ni berpsikologi dengannya.

“Macam ni makcik...Saya tau saya sekarang masih belajar tapi kalau makcik boleh bagi saya masa sikit lagi... Saya akan habis semester depan. Sementara tunggu posting bolehlah saya pinang Rissa...” Ajiff menjawab yakin. Memang itu perancangannya.

“Kamu nak pinang anak makcik dengan apa? Kamu masa tu tak kerja lagi mana ada duit?” sekali lagi Makcik Zah cuba menduganya dengan soalan berbaur psikologi. Ajiff mati kata. Agak susah soalan yang satu ini. Lebih susah dari soalan open book test semester lepas. Kalau dirujuk pada buku psikologi pendidikan tulisan Mok Soon Sang pun, dia tetap takkan menemui jawapannya. Seketika Ajiff terdiam. Seluruh makhluk disekelilingnya turut diam. Rissa memandang tepat pada Ajiff. Sabar menantikan jawapan dari lelaki itu.

“Saya akan tetap usahakan sampai saya boleh pinang Rissa. Saya tak kira macam mana pun. Saya akan usahakan sebab saya betul-betul nak kahwin dengan Rissa!” tegas Ajiff.

Bersinar-sinar wajah Rissa tatkala mendengarkan pengakuan berani mati Ajiff. Tidak disangka Ajiff seberani itu. Terbuktilah kini Ajiff adalah ultramannya. Suasana kembali tegang. Ada yang berbisik-bisik. Ada yang mengangguk-angguk.

“Amacam Uzair?” tiba-tiba Makcik Zah menyoal Abang Uzair disebelah Ajiff.

“Lulus!!!!” jawab Abang Uzair sambil mengangkat ibu jari tanda bagus.

“Cantekkkk!!!” sahut Kak Lizza pula diikuti yang lain bertepuk tangan semua.

Eh?!! Ajiff ternganga. Rissa juga ikut ternganga.

******************************

“Hensem betul calon menantu mak tu Rissa... Lagi hensem dari gambar dia...”

“Hah?! Gambar dia?!”

“Yelah, gambar dia yang ada dalam purse kamu tu lah haaa...”

“Mak! Mak bukak purse Rissa?!”

“Mak tak sengaja haa tertengok gambar calon menantu mak tu masa mak terjatuhkan purse kamu hari tu. Tu yang mak beria nak kenal dia sampai berkomplot abis dengan Kak Lizza dan Abang Uzair kamu tu...Hehehe...”

“Makkkkk!!!”

Makcik Zah tersengih lebar. Berjaya jugak dia mengenakan anak daranya yang banyak berahsia itu. Rissa ikut tersenyum. Malu pun ada kerana kantoi dengan ibunya bila gambarnya bersama Ajiff ketika majlis jamuan raya perdana institut tahun lalu yang disimpan kemas di dalam pursenya terjatuh keluar. Tapi berbaloi jugak kolaborasi antara ibu, kakak dan sepupunya itu. Sekurang-kurangnya dia tahu yang selama ini dia tak bertepuk sebelah tangan!

~©nur adilin~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails