BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 22, 2011

Disember : Indah atau kucar-kacir?

Diam tak diam Si November dah nak tinggalkan kita. Lepas nie tiba pulak Sang Disember. Entah kehadirannya nanti akan mengindahkan atau mengkucar-kacirkan hidup kita. Tapi bagi saya, kedatangan Disember mungkin mengindahkan dan jugak mengkucar-kacirkan hari2 saya. Biasanya Disember tak datang sendirian. Beliau akan bawak "teman". Teman yang selalu datang pada akhir2 tahun camnie lah. Boleh teka tak siapakah teman yang saya maksudkan? Amende? Tak boleh teka? Takpe2. (' ~,)


"Teman" Disember yang saya maksudkan nie bukanlah kaum kerabat diraja walaupun namanya bermula dengan "Tengku". Tak boleh teka lagi? Nasihat saya, kamu kena banyak membaca. Tak rugi pon. He3. Teman tu namanya "Tengkujuh". Haa. Dah taw kan? Tengok sekarang pon musim hujan je. Best memang best tapi kalau dah hari2 hujan jadi tak best pulak untuk saya. Sebabnya En.Tengkujuh nie takkan datang sendirian. Beliau pun akan ajak "adik kesayangannya" Si Banjir bersama melawat rumah saya. Owh. Maaflah, saya memang tak alu2kan kamu2 datang rumah saya. Penat saya nak melayan kamu taw! Hu2. (=_=')

Itu cerita pasal kekucar-kaciran yang akan berlaku pada Disember ini. Tapi InsyaAllah jugak hari2 saya dalam Disember bakal diindahkan dengan "sesuatu". Sesuatu apa? Haa... Itu yang kita tak taw! Tak sangka. Memang saya tak sangka kalau sesuatu itu bakal jadi kenyataan. Sesuatu yang pernah saya impikan sejak sekian lama dulu namun tak pernah menjelma. Sampai sekarang saya masih tak percaya. InsyaAllah jika diizinkan olehNya, sesuatu ini akan muncul jugak menjadi sebahagian dari agenda Disember saya. Jom doa bersama saya. Amin. (^_^)


Moga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails