BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 20, 2011

Idea Oh Idea!

Alahaiii... Rasa macam berkurun dah saya tak post cerpen baru. Bukan takde tapi berderet cerpen saya yang sabar dan tabah menunggu giliran untuk disiapkan oleh saya. Setakat nie ada 6 buah (buah ke ketul ea??) cerpen yang masih dalam pembikinan. Saya sentiasa berharap saya ada masa lebih dari 24 jam sehari untuk saya peruntukkan bagi menyiapkan mereka-mereka ini... Tiba-tiba terfikir pulak kalau ada masa tapi idea takde, tak guna jugak kot. Huhu...


IKEA! Eh, silap! IDEA! Mana kamu?? Tolonglah muncul segera. Saya dah penat cari kamu taw? Oke, dia dah datang sikit nie. Bagi saya sedikit masa lagi untuk terbitkan cerpen baru yea? ;)

p/s : "Foto Hati" on the way~ :D

Tuesday, August 16, 2011

Musykil.

Assalamualaikum...

Sekadar nak berkongsi rasa yang saya alami sekarang nie. Rasa musykil yang amat. Tak tahu kenapa saya jadi terfikirkan hal nie walaupun kalau dikira tak perlu pun saya fikirkan...

Sejak saya bersama dengan En.I, ramai (kalau boleh dikategorikan ramai lah) rakan2 lama yang dahulunya tak pernah berkelakuan pelik dengan saya, mula berubah karekter. Dari yang dulunya memanggil saya dengan panggilan "akak", sekarang dah ber"awak". Yang tak pernah menegur, sekarang dah mula bertanya khabar setiap masa. Pelik tapi benar.

Mungkin saya agak "perasan" atau dengan nama mudahnya "poyo" atau lebih senang dalam loghat Kelantan, dipanggil "koya" apabila kononnya macam nak cakap saya nie ramai peminat. Terpulang. Tapi saya punya firasat yang saya dari dulu selalu percaya pada kata hati saya. Orang kata, kata hati mungkin jugak bisikan dari syaitan. Ada betulnya. Kerana berpegang pada kata hati lah saya meng"tunggulkayu" kan diri sendiri selama 7 tahun untuk seorang hamba Allah yang tak pernah menyayangi saya sebagaimana saya menyayanginya. Bukan seorang dua teman berkata (walaupun dalam hati, saya tetap taw) betapa bodohnya saya, tapi ramai.

Yea. Hamba Allah yang satu itu kini seperti orang hilang arah apabila saya membuat keputusan nekad untuk melepaskannya dari hidup saya. Bukan niat saya nak menunjuk2 bahawasanya saya sedang melalui fasa gembira bersama hubungan baru ini. En.I yang banyak membina kembali semangat saya yang dah hilang. En.I yang menyedarkan saya betapa masih ada insan yang benar2 menghargai saya. En.I yang banyak memberi galakan pada saya. En.I juga yang mewarnai hidup saya kini. Tapi dengan perhatian dan "kerinduan" (diakui sendiri oleh hamba Allah itu) yang ditunjukkan pada saya membuatkan hati saya meronta-ronta tapi tak taw untuk apa. Saya jadi risau. Jadi takut. Tapi tak taw pada apa. Macam seksa kan? Memang menyeksakan. Kalau boleh, saya nak tidur sepanjang masa. Tak payah fikirkan apa yang saya fikir sekarang. I wish I could... Hmm...

Ya Allah, jauhkan lah rasa sebegini dalam hati saya. Saya tak nak ianya mengganggu hubungan yang baru terjalin ini. Masih jauh perjalanan yang perlu kami tempuhi. Sesungguhnya saya takkan berjumpa lagi seseorang seperti En.I selepas ini. Tetapkanlah hati saya padanya. Moga saya tak menghampakannya sebagaimana yang pernah saya lakukan pada mereka2 yang menyayangi saya sebelum2 ini. InsyaAllah. Amin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails