BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 13, 2009

Cerpen : Dalam IradatMu


Naim terjaga dari tidur bila serasa lehernya seperti dicengkam erat bukan oleh seseorang tetapi lebih kepada ‘sesuatu’. Termengah-mengah dia menyedut udara. Perlahan-lahan tangannya meraup wajah yang sudah lenjun dek basahan peluh sambil bibirnya mengucap halus. Naim bungkam disitu. Cuba mengingat kembali mimpi ngeri yang dialami sebentar tadi. Mimpi yang lebih kurang sama dengan yang mengganggu sebelum ini menjadikan Naim buntu. Sekali lagi Naim mengucap dan tangannya pantas mengurut-urut dada.

Dipandangnya ke kanan bilik. Ikmal, rakan sebiliknya itu masih enak beradu di dalam gebar biru. Naim mengeluh perlahan. Berbaring kembali dan cuba melelapkan mata namun gagal. Dicapainya handpone di bawah bantal. Angka 3.45 pagi muncul disitu. Perlahan-lahan Naim bangkit keluar dari bilik dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’.

****************************

“Im!” kuat Azwan menyergah bila panggilannya tidak bersahut.

“Haa??” Naim akhirnya kembali ke alam nyata bilamana suara Azwan yang seperti halilintar membelah bumi itu memecahkan lamunannya.

“Ishh... Kau ni kenapa? Dah 5 kali aku panggil tau kau wat derk je. Mengelamun semacam ni apsal?” pantas Azwan menyoal.

“Yeke? 5 kali eh? Rilek la Wan...baru 5 kali tak 10 lagi...Hehehe...”

“Haa... banyak la kau punya rilek! Mana assignment kau? Aku nak hantar dah ni.”

“Ada... Ada... Jap!”

Naim pantas menyelongkar isi beg sandangnya. Puas mencari disitu, dibuka pula fail. Seketika kemudian, dia menepuk dahi.

“Alamak Wan! Aku tertinggal kat bilik la! Camne ni?”

“Hishh... Apsal cuai sangat kau ni?” Azwan mengomel. Sedikit bengang bila berlakunya situasi yang boleh mendatangkan masalah dalam tugasnya sebagai Ketua Unit.

“Takpe... Kau hantar je dulu yang lain. Nanti rehat ni aku pegi ambik aku hantar sendiri.”

“Haa yelah...” kata-kata Azwan menyapa telinganya. Matanya mengiringi langkah Azwan berlalu keluar dari kelas. Seketika kemudian Naim melepaskan keluhan kecil.

****************************

Naim terkocoh-kocoh menuruni anak tangga kolej kediaman. Tangannya kejap memegang lembaranassignment yang diminta Azwan sebentar tadi. Naim mengerling jam di tangan.

‘Sempat lagi kalau nak beli air ni’. Desis hatinya.

Pantas kakinya dihayun ke kafeteria. Naim menuju ke peti ais. Dibuka lalu diambil setin 100 Plus. Selesai membayar, pantas air itu diteguknya. Matanya meliar memerhatikan gelagat manusia di kafeteria itu. Dalam keramaian itu tiba-tiba satu wajah singgah di halaman pandangannya. Aima! Seperti merasai seseorang sedang menyebut namanya, gadis yang bernama Aima itu spontan berpaling dan mata mereka bertentangan.

****************************

Aima gelisah. Sekejap dia duduk dan kemudian dia berdiri pula. Syuhada yang sedari tadi menjadi pemerhati akhirnya bersuara.

“Aima... Aima ni kenapa dari tadi Syu tengok macam cacing kepanasan je... Aima ada masalah?” lembut bicara gadis itu. Aima berpaling. Direnung wajah teman baiknya itu. Kemudian dia duduk menghadap Syuhada.

“Syu... tadi Aima jumpa Naim...” perlahan suara Aima menuturkan ayat. Syuhada sedikit terkejut. Mengertilah dia kini punca Aima gelisah tadi.

“Owh... yeke? Dia tegur Aima?” soalnya. Aima pantas menggeleng.

Teringat pertemuan dengan lelaki itu di kafeteria tadi membuatkan Aima sesak nafas. Sudah lama dia cuba mengelak dari bertembung hatta melihat bayang Naim pun. Dia sudah dikira berjaya selama ini namun takdir tetap takdir. Hari itu menemukan kembali mereka dalam keadaan yang tidak dirancang.

“Aima...Yang sudah tu sudahlah...Aima jangan ingatkan sangat...”

“Tapi Syu... hati Aima ni tak tenang Syu... Aima selalu dibayangi dosa-dosa tu... Apa Aima nak buat lagi Syu...” sayu kedengaran rintihan gadis itu. Syuhada merapatkan diri pada Aima. Diusap lembut bahu sahabatnya.

“Aima...Allah tu maha pengampun...Aima teruslah berdoa agar Dia ampunkan segala dosa-dosa tu...Jangan berhenti berharap padaNya...” pujuk Syuhada. Aima sudah teresak-esak menahan tangis. Syuhada lantas memeluk Aima. Membiarkan gadis itu melepaskan tangis di bahunya.

****************************

Tamat waktu kuliah, Naim menuruti Rafhan ke surau untuk bersolat Zohor. Begitulah rutinnya kini setiap kali masuknya waktu, dia akan bergegas ke surau untuk berjemaah. Usai mengerjakan kewajipan itu, Naim dan Rafhan berjalan pulang ke kolej kediaman. Tiba di simpang ke kafeteria, kolej kediaman perempuan dan kolej kediaman lelaki, Rafhan mematikan langkah. Naim hanya menurut. Rafhan mengambil tempat di satu sudut dan membaca maklumat yang tertera di papan kenyataan yang ada di situ.

“Wahh Im! Ni ada program best la...” kata Rafhan mencuit Naim.

“Program apa?”

“Program Training of Trainer Anda Bijak Jauhi Zina.”

“Owh...program apa tu?” soal Naim sekadar berbasa-basi.

“Program ini bertujuan untuk melatih kita menjadi fasilitator kepada program-program Anda Bijak Jauhi Zina dan sekaligus memperhebatkan kempen Anda Bijak Jauhi Zina tu...” Rafhan membaca sedikit isi kandungan maklumat program yang dipaparkan.

“Owh...” hanya itu yang terluah dari bibir Naim sambil matanya turut sama membaca.

“Program ni buat kat Politeknik Sultan Mizan, Dungun... Jom kita join, Im!”

“Err...aku tak dapat ikut la Han...Tarikh tu aku ada keje...”

“Alaa ruginya...” keluh Rafhan perlahan.

Naim hanya tersenyum melihat tingkah Rafhan. Bukan dia ada sebarang kerja pada tarikh program itu. Cuma dia yang sengaja mencipta alasan untuk tidak turut serta. Bagi Naim, dia tidak layak untuk menjadi seorang fasilitator program seumpama itu tatkala dirinya sendiri berlumuran noda.

****************************

Aima masih berteleku di sejadah. Usai membaca surah Yassin, dia termenung jauh. Wajahnya agak muram dengan mata yang bengkak akibat menangis. Syuhada hanya memerhati. Terdetik rasa kasihan pada Aima. Syuhada tahu betapa gadis itu menderita. Bukan dia tidak mahu membantu sahabatnya ini tetapi dia sendiri tidak tahu apakah sebenarnya dosa yang selalu disebut-sebut Aima.

‘Aima jadi begini kerana Naim!’ tiba-tiba terbit alasan itu di benaknya kerana sejak gadis itu ‘ditinggalkan’ Naim, Aima sering termenung.

Namun Syuhada cepat-cepat beristighfar. Dia cuba mengambil rasional disebalik perpisahan Aima dan Naim. Memang diakuinya sejak berpisah dengan Naim, Aima semakin mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa dan sentiasa bermunajat padaNya. Mungkinkah semua itu dilakukan untuk membersihkan ‘dosa-dosa’ yang selalu dikatakannya? Syuhada akhirnya mengalah, malas mahu menyesakkan minda dengan seribu persoalan yang tak mungkin bisa terjawab jika Aima sendiri tidak mahu menceritakannya.

“Aima...” tegur Syuhada mematikan lamunan panjang Aima. Perlahan-lahan tangannya singgah di bahu Aima. Aima dilihatnya sedikit terkejut.

“Jom makan... Makan lewat-lewat nanti perut masuk angin...” ajak Syuhada.

“Haa... Okay...” jawab Aima seraya mengemaskan telekung sembahyangnya.

****************************

Naim meregang-regangkan seluruh anggota badannya. Betapa letih dirasakannya setelah seharian menghadapassignment yang perlu disiapkan. Dia memejamkan mata seketika. Bayangan wajah manis itu muncul lagi.

Naim membuka matanya perlahan. Makin dia cuba melupuskan ingatan terhadap gadis yang pernah bertakhta di hatinya itu, makin kerap pula ia menghantui. Naim diburu rasa bersalah yang tiada penghujungnya terhadap Aima. Bukan dia tidak sayangkan Aima namun keadaan yang memaksanya membuat keputusan itu.

“Kenapa Im?”

“Im mintak maaf Aima...Im tak mampu nak teruskan hubungan kita ni...”

“Tapi kenapa?”

“Aima, Im tak nak rosakkan Aima...”

“Im, Aima tau kita banyak buat silap dalam hubungan kita ni... Tapi kita masih ada peluang nak perbaiki apa yang tak betul...”

“Tapi Aima... Im malu sangat bila benda macam ni berlaku... Im tak layak jadi kekasih yang baik untuk Aima...”

“Im jangan cakap macam tu... Kalau Im rasa malu, Aima lagi malu dari Im... Aima perempuan Im...”

Naim bungkam disitu. Benaknya memikirkan kata-kata Aima itu. Melihatkan lelaki itu masih membisu, Aima bersuara.

“Im... Kita teruskan hubungan kita macam biasa tapi kita jangan buat lagi benda-benda dulu tu...”

Aima masih memujuk. Sesungguhnya dia amat menyayangi Naim.

“Aima... Maafkan Im... Im tak mampu...” Naim berlalu sesudah menyampaikan kata-kata itu dan itulah kata-kata terakhir yang berdendang di telinga Aima.

Naim beristighfar. Cuba menghalau kenangan lama yang menjelma. Dia mencapai buku catatannya lalu dicoretkan sesuatu.

****************************

Aima tersentak bila namanya dipanggil kuat. Lantas dia berpaling pada Syuhada. Sahabat yang berdiri disebelahnya itu menggelengkan kepala.

“Aima... Selalu termenung tak baik tau...” usik Syuhada tersenyum.

“Hmm... Sorry, Syu. Aima tak sedar tadi...” ucap Aima perlahan.

Keadaan sepi kembali. Yang kedengaran hanya suara kanak-kanak sedang bermain di taman itu.

“Ermm... Aima, boleh Syu tanya?” tiba-tiba Syuhada memecahkan kesunyian tersebut. Kadang kala dia bimbang jika kata-katanya bisa mengguris hati Aima.

“Syu nak tanya apa?”

“Syu tengok Aima ralit sangat tengok couple kat sana tu... Kenapa?” Syuhada memuncungkan sedikit bibirnya ke arah sepasang kekasih yang duduk di bangku jauh berhadapan dengan mereka.

“Takde apa-apa lah Syu...”

“Owh... Okay...” Syuhada mengeluh perlahan. Sedikit kecewa kerana Aima masih ingin berahsia nampaknya dan dia tiada kuasa untuk memaksa gadis itu.

Melihatkan Syuhada terdiam, Aima diselubungi rasa bersalah. Dia tahu temannya itu ingin membantu. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia membuka cerita sebenar.

“Syu... Apa pendapat Syu tentang couple tu?”

“Pendapat Syu? Pendapat tentang apa?”

“Tentang apa yang Syu dapat tengok sekarang ni...”

“Owh... Jujurnya Syu menyampah, meluat, berbulu, nak muntah dan nak lempang-lempang je diorang tu! Ada ke patut diorang boleh buat maksiat depan-depan orang? Kat taman yang ramai budak-budak kecik ni?!”

Syuhada menghamburkan rasa geramnya. Geram dengan sikap tidak tahu malu pasangan kekasih itu yang seronok memadu asmara dan melakukan adegan yang dikatakan ringan-ringan itu tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Aima tidak terkejut dengan reaksi sahabatnya itu kerana dia sendiri merasakan yang sama.

“Hmm... Apa pulak pendapat Syu kalau Aima yang buat macam tu?” Syuhada terkedu. Soalan Aima benar-benar di luar jangkaannya.

****************************

Naim bergegas ke pusat sumber. Hajatnya untuk berjemaah di surau terbantut disebabkan kelas ganti yang berlangsung sejurus selepas kuliah terakhir. Naim ingin memulangkan buku yang dipinjamnya sejak minggu lepas. Langkahnya diatur terus ke kaunter. Sementara menunggu petugas di kaunter memeriksa bukunya, mata Naim sempat menangkap kelibat seseorang yang dikenalinya di sudut bacaan.

“Dik, kena denda ni. Lewat dua hari...” kata petugas tersebut mematikan terus pandangan Naim. Usai membayar denda, Naim kembali mencari kelibat itu namun ianya sudah tidak kelihatan. Naim mengeluh hampa dan mengambil keputusan untuk pulang ke kolej. Sewaktu ingin melangkah ke keluar dari pusat sumber, dia terlanggar seorang gadis. Fail ditangannya jatuh begitu juga dengan gadis itu.

Sorry! Saya tak sengaja...” ucap Naim seraya duduk untuk mengutip failnya tanpa melihat gadis yang dilanggarnya tadi.

“Takpe-takpe... Saya pun cuai...” Gadis itu turut melakukan hal yang sama.

Naim terasa seperti biasa mendengar suara itu. Dipandangnya wajah gadis itu. Serta-merta air mukanya berubah.

“Awak, Naim...” ujar gadis tersebut juga seperti terkejut melihatnya.

“Err... Maaf! Saya betul-betul tak sengaja. Saya nak cepat. Sorry ye?” berkali-kali Naim memohon maaf.

“Takpe...”

“Saya mintak diri dulu.” Naim cepat-cepat berlalu. Dia tidak punya kekuatan untuk menghadapi gadis itu. Gadis itu pula sekadar mampu mengekori langkah Naim dengan pandangan matanya.

****************************

Aima tersenyum melihat orang yang ditunggu telah tiba. Syuhada mengambil tempat dihadapannya.

“Lambat Syu datang. Penat Aima tunggu tau...” usiknya.

Sorry Aima, masa dah tengah jalan baru Syu teringat yang Syu tertinggal nota tadi. Terpaksa la Syu naik semula...” jelasnya. Aima hanya tersenyum. Kasihan pula melihat sahabatnya itu seperti termengah-mengah.

Syuhada memandang Aima. Lama dia terdiam memikirkan apa yang perlu dia lakukan. Syuhada merasakan Aima patut tahu.

“Aima...” katanya perlahan sambil tangannya menghulurkan sesuatu kepada Aima.

“Buku siapa ni, Syu?” soalnya apabila dia tiba-tiba dihulurkan sebuah buku nota berwarna biru lembut.

“Buku Naim...”

“Eh??!”

“Tadi masa nak masuk sini, dia terlanggar Syu... Buku dia ni jatuh...”

Aima membisu. Tiba-tiba Syuhada diserbu rasa bersalah.

“Syu mintak maaf. Syu takde niat apa-apa. Syu cuma fikir ada baiknya Aima yang mesej Naim suruh dia datang ambil buku dia ni. Syu tak rasa korang patut lari dari kenyataan lagi. Yang lepas tu biarlah... Tak baik kalau tak bertegur sapa lama-lama ni...” ujarnya perlahan.

Aima masih membisu. Dan dia hanya memandang buku nota itu.

****************************

Aima memejamkan mata seolah-olah meminta petunjuk untuk melakukan hal yang dia tahu tidak sepatutnya dilakukannya. Tetapi entah mengapa dia merasakan terlalu ingin membuka lembaran buku nota itu. Hatinya bagai ditarik-tarik seolah-olah ada sesuatu yang perlu diketahuinya tersembunyi disebalik helaian buku biru tersebut.

Perlahan-lahan jari-jemarinya membelek lembaran demi lembaran sehingga ke lembaran terakhir, Aima kecewa bila hanya menemui tulisan-tulisan Naim mengenai tugasan dan yang berkaitan dengan pelajaran semata-mata. Baru dia hendak menutup buku biru itu, matanya terhenti pada halaman dalam pada kulit belakang buku itu. Satu puisi tertulis disitu. Dan ianya ditulis oleh Naim berdasarkan pada tulisan yang tertera. Aima membaca perlahan.

Aku hanya seorang hamba

Jauh dari penciptaku

Lalai akan suruhanMu

Hanyut dalam laranganMu...

Kala lenang ku alpa akanMu

Tika sulit ku dambakanMu...

Menghitung sejumlah dosaku

Tiada terperi bak lautan ciptaanMu

Dari belahan jiwa nan kerdil

Ilhamkanlah aku pengampunanMu

Moga sujudku ini bukan sujud yang terakhir

Kerna aku masih ingin

Bermunajat padaMu Ya Allah

Mencari redaMu yang hakiki

Dalam IradatMu...

Terimalah taubatku dan berkatilah aku dan dia...

-Mohd Naim Aziz & Noraima Abdullah-

‘Ya Allah... Naim juga benar-benar sayangkan aku...’ Aima bermonolog. Dan perlahan-lahan air matanya tumpah jua.

****************************

Aima melepaskan keluhan. Sungguh sebelum ini dia rasakan betapa sukarnya untuk berhadapan dengan lelaki itu sekali lagi. Namun kini semua itu seolah-olah sudah lari jauh meninggalkannya. Mungkin kerana dia sendiri reda dan sudah dapat menerima hakikat.

“Assalamualaikum...” sapaan salam dari seseorang mematikan lamunan Aima. Spontan dia mendongak dan dilihatnya Naim tersenyum dihadapannya. Aima mempersilakan lelaki itu duduk setelah salam itu dijawab.

“Ni buku Im...” Aima menolak perlahan buku biru itu kepada Naim.

Thanks...” buku biru itu akhirnya bertukar tangan.

Sorry about that...”

“Takpe. Hmm... Honestly... Im macam rasa lega bila Aima baca puisi tu...” kata-kata Naim membuatkan Aima tersentak.

“Kenapa Im rasa macam tu?” soalnya.

“Err... Itu betul-betul luahan hati Im...” Aima mengangguk faham. Suasana menjadi sepi. Masing-masing terdiam seolah-olah tiada apa yang mahu diperkatakan lagi walhal terlalu banyak yang ingin diluahkan mereka selama ini.

“Aima... Im mintak maaf...”

“Aima pun sama...”

“Im tak patut buat Aima macam tu. Sebenarnya... Im tak pernah lupakan Aima selama ni...”

“Aima pun sama Im... Aima pun tak pernah lupakan Im sebab... sebab... Aima... sayangkan Im...”

Naim terdiam. Dia tahu itu. Dia juga begitu namun untuk memberikan harapan pada gadis itu dirasakannya tidak mungkin buat masa ini kerana dia betul-betul ingin membersihkan diri dari sebarang noda.

“Mungkin Aima boleh jadi kawan baik Im. I mean... bestfriend...” ucapnya perlahan.

“Aima nak!” pintas Aima mengejutkan Naim.

“Serius! Aima sudi jadi bestfriend Im!” sambungnya lagi.

“Tapi...”

“Kita kawan kerana Allah! Promise!” kata gadis itu bagai mengerti apa yang sedang bersarang di benak Naim. Naim tersenyum.

Okay, promise...” katanya sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

“Hmm?” Aima menjegilkan mata melihat huluran tangan itu.

“Opss lupa... Haram. Sorry...” ujarnya perlahan. Mengerti akan keterlanjurannya itu.

Thanks Mohd Naim...” Aima senyum.

Thanks jugak Noraima...” Naim juga ikut tersenyum.



p/s~ cerpen nie aku wat khas sempena Ramadhan nie... Act, xbape pandai wat cerpen bertemakan Islamik nie, kalau ada salah silap harap dimaafkan yea... 1 more, credit to rakan se'ipg'~ En. Ubai...(sorry xsempat nak gtaw nak amik sket info sal Program TOT ABJZ lam blog saudara...maap yea!) Thanx! (^_^)


~nur adilin~120909~12.00 pm~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails