BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 25, 2011

Alhamdulillah. Agenda Disember dah terlaksana. :)

Assalamualaikum.


1st update dengan title baru. Uiks? Title apakah? He3.
Oke2. Tak nak berbelit2 dah. Saya nak terus pada isi kandungan entry kali nie.

Title yang saya maksudkan nie ialah title dari "Cik Sorang2" kepada "Cik Tunangan Orang".

Wah! Kelas kau jah! Kenapa tetibe cakap pasal tunang2 nie? Oke, now it is a confession time. On Disember 24th, 2011 (24122011) I am officially engaged to someone. Yes. It means I've been proposed n I'm engaged. (Tetibe cakap white people kan? Auw~ :p). Ramai cakap bila dah bertunang nie, darah manis. Maniskah? Mana mereka taw haa? Haishh. :p

Apapun, Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang diharapkan. Syukur sangat2 akhirnya dapat jugak saya tukar title nie setelah sekian lama. Terima Kasih kepada En.Tunang saya kerana merealisasikan ayat kamu kepada realiti. Sayang kamu lebih lah! (Alahai gedik pulak rasanya bagi ucapan camni. Haishh~~)

Oke, berbalik pada topik asal. Ada apa dengan title2 nie semua? Ada. Jangan cakap takde. Lebih2 lagi tunang orang. Banyak saya dengar n baca tentang tunang. Dalam tempoh bertunang akan timbul macam2 dugaan n cabaran. Mitos atau betul2? Betul. Sangat betul. Baru beberapa hari lepas sorang akak yang rapat dengan saya menasihati saya tentang dugaan n cabaran yang bakal saya hadapi sepanjang tempoh bertunang. Agak seram. Tetapi harapnya apa yang bakal saya lalui bermula hari ini tidaklah seteruk yang akak tu alami. InsyaAllah.

Harapan saya memang menggunung tinggi terhadap hubungan baru nie. Walaupun saya akui ada yang lama masih enggan melepaskan diri dari lingkungan hidup saya. Apa2 pun, saya percaya pada jodoh yang telah tertulis untuk saya dan saya menerimanya dengan hati terbuka. Bak kata orang2 tua : barang yang lepas usah dikenang. Saya setuju sangat2 atuk2 n nenek2! Yang lepas adalah sejarah. Yang baru ini lah masa depan saya. Semoga perjalanan kami selepas ini dipermudahkan olehNya. InsyaAllah. Amin Ya Rabb.

Owh lagi 1, saya ada pesanan untuk KAMU. Walaupun saya tak minat lagu nie (lebih2 lagi suara J.A. yang semacam tak kena dengan lagu nie), tapi bait2 liriknya amat sesuai buat KAMU :

"Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku"

Saya berpegang pada ayat "Jangan Ada Benci". Saya dah lama bebaskan KAMU. Cukup KAMU tahu yang saya dah tak berminat untuk ambil tahu pasal hidup KAMU. Harap KAMU tak jadi salah 1 dari dugaan dan cabaran dalam tempoh pertunangan saya. Ada faham? :)


*Trimas En.Tunang untuk hari bersejarah ini! <3*

0 komenkamu:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails