"Kau tak risau?" tanya Nida. "Tentang apa?" "Umur makin meningkat tapi jodoh tak datang-datang." Nida mengeluh lalu memandang siling rumahnya. Di suatu sudut siling itu ada labah-labah yang sedang membina sarang. Yeah! Ada Spiderman datang ke biliknya. Kalau betul-betul 'man' pasti best kan? Hati Nida sempat melayang. "Bukan boleh paksa orang suka kita. Pinang kita. Terima kita." Maya mengingatkan sambil terus menyelak majalah Mingguan Wanita. "Kadang-kadang aku hairan tengok kau ni. Macam tak kisah aje." Nida sudah duduk bersila di depan Maya. Sudah lupa tentang Spiderman! Maya hanya ketawa. Bohong jika dia tidak kisah. Tidak risau. Dia manusia biasa. Masalahnya hubungan percintaan yang terjalin selalu menemui jalan buntu. Mungkin dia memang tidak pandai bercinta. Tidak ditakdirkan berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Biarlah kak long saja yang memanjangkan warisan keturunan emak dan abah. "Kau menulis cerita cinta bukan main expert." Nida masih tidak puas hati. "Hero aku semuanya fantastik kan? Perang macam mana pun, mereka mesti bahagia kan?" Maya ketawa lagi. Dia berbaring pula dan melihat siling. Itu dunia fantasi. Itu adalah dunia imaginasi yang terlakar dari impiannya terhadap lelaki yang sempurna. Yang mampu membahagiakannya. Ya, mungkin wujud lelaki yang sebegitu, tetapi mereka biasanya sudah dimiliki. "Happily ever after...like fairytales!" Nida bersetuju. "Tapi realitinya juga, ada ramai orang yang bahagia kat luar sana. Yang waktu cuti umum macam ni mereka beriang ria dengan orang tersayang!" Maya menyambung bicaranya. "Kita aje yang melepak dalam bilik ya!" Mereka sama-sama ketawa. ***** Inilah realiti hari ini. Yang saya yakin ramai wanita di luar sana berhadapan situasi seperti watak Maya dan Nida. Kepada sesiapa yang mempunyai rakan taulan atau saudara mara yang mengalami situasi seperti ini, janganlah cepat menghukum mereka seperti berkata : "Memilih sangat la tu." "Jual mahal~" "Orang cantik takkan la nak pandang lelaki biasa-biasa ni." "Umur dah lanjut takkan takde boyfriend kot?" Dan macam-macam ayat pedas lagi pedih yang lain. Ingatlah, orang yang menjatuhkan hukum pada mereka ini adalah seperti mempersendakan Allah. Yang mana kta sendiri sedia maklum jodoh, rezeki, ajal semuanya di tanganNya. Kita hanya merancang dan Dia lah yang menentukan. Benar, jodoh perlu dicari. Tapi seperti yang anda baca petikan di atas tadi, kita tak boleh memaksa orang sukakan kita, memaksa orang menerima kita. Cukup-cukuplah menghukum mereka dengan gelaran-gelaran yang tak enak. Ketahuilah semua yang berlaku disebalik kejadian ini ada hikmahnya. Ada ceritanya. Jangan cepat menghukum. Mereka juga punya impian seperti anda cuma anda terlebih dahulu mengecapnya dan giliran mereka belum tiba. Kepada wanita-wanita yang mengalami nasib sebegini, bersabarlah. Yakinlah dengan aturanNya. InsyaAllah anda juga akan bertemu dengan kebahagiaan yang dicari. Semoga anda menjadi lebih kuat dan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Semoga dengan doa-doa anda semua, makbullah impian mereka sepertimana impian anda semua suatu ketika dahulu. Alhamdulillah... :) *Dialog di atas dipetik dari Novel "Juara Carta Cinta" karya novelis Lynn Dayana... 
Thursday, April 14, 2011
Realitinya...
diterbit oleh saya : nur adilin pada 2:09 AM 0 komenkamu
tag : bebel sket
Saturday, December 25, 2010
Kenapa Saya Suka Oh! Media Network
Hye3... Agak lama la blog nie sepi xde n3 baru... Agak bz la lately... So, xsempat nak siapkan cerpen2 baru... Tapi selalu je sempat update facebook hari2... Di ulang, HARI2! He3... :p
Cakap pasal facebook, setiap kali on9 sy akan menjenguk facebook Oh! Media tanpa segan dan silu... Suke sgt aihh... He3... Then 1 hari tue sy ternampak (ternampak kah?) 1 contest yg cambest jek... Usha punya usha, contest nie blh la disertai oleh mana2 makhluk yg ada blog tanpa sebarang prejudis... :p
Contest yg namanya "Kenapa Saya Suka Oh! Media Network" nie akan berakhir pada 31 Disember 2010 jam 11:59 malam (ini Oh! Media yg ckp, bukan sy)... So, sebab sy ada BLOG, sy xnak la ketinggalan utk join contest best nie... Owh, sy pon xmau tamak2 la xnak share ngan korang... Meh la join skali contest nie...
-oh-media n pandai2 lah korang baca syarat2nya yea... ;)
diterbit oleh saya : nur adilin pada 6:47 PM 0 komenkamu
tag : bebel sket
Monday, August 23, 2010
Cerpen : Seri Satu Sama
Adi gelisah. Khabar yang baru didengari secara tak sengaja sebentar tadi betul-betul membuatkannya tak senang duduk. Dia terbayang-bayangkan Raihanna nanti bagaimana. Semestinya gadis itu sedang berduka nestapa sekarang. Terus dicapai beg sandangnya berlalu mencari Raihanna.
Raihanna; gadis berwajah polos, berkulit sawo matang, bermata galak dan agak ‘papan’ itu sedang berbual bersama Ruby; gadis bersaiz ‘kembang semangkuk’ dan Erma; seorang minah skema. Adi menghampiri gadis bertiga itu.
“Assalamualaikum… Leh pinjam Raihanna jap?”
“Wa’alaikumsalam…Aik…Ingat library ke nak pinjam-pinjam? Hehehee…” Ruby berseloroh.
“Bukan laa…Sebab kau tu dah macam mak aku dah dia tengok… Itu yang dia mintak izin dulu…Hahaa…” sampuk Raihanna menyakat.
Ruby mencebik. Erma pulak cover gelak. Raihanna mencuit pipi gebu Ruby sebagai tanda memujuk lalu bangun beriringan dengan Adi ke tempat agak jauh dari rakan-rakannya itu.
“Ada apa nie Adi?” soalnya.
“Rai, kau dah clash ngan Nazrul?” soalan cepucemas Adi itu sedikit membuatkan Raihanna terpana.
“Erkk… Mana kau tau nie?” Raihanna bertanya. Terangkat sedikit kening kirinya.
“Internet bergerak.” Pantas Adi menjawab. Wajahnya nampak sangat sedang tak sabar menanti jawapan dari mulut Raihanna.
“Ha’a…Betul la tu…” Raihanna sedikit mengeluh.
“Apsal?” Adi masih tak puas hati. Kalau boleh dia nak tahu semuanya. Segalanya.
“Dah takde jodoh…” jawapan klise dari Raihanna sedikit mengecewakan Adi.
“Ishh… Tengok, buat muka sengih-sengih lagi kau nie… Aku tanya betul-betul nie beb!”
“Betul la nie Di… Alahh… Takde pape lah…” Raihanna masih tersengih-sengih.
Adi masih buat muka tak puas hati. Ditenung wajah gadis itu. Akhirnya Raihanna mengalah jua. Tak tahan dia dengan renungan mata lelaki itu.
“Dia dah jumpa orang yang lagi bagus dari aku…”
“Owhh… Bagus sangat ke minah tu?”
“Hemm… Ntahlah… Aku pun tak tau… Dia sendiri bagitau aku dia dah jumpa orang lain yang lagi ‘sejiwa’ dengan dia…” Raihanna jungkit bahu. Berserah dan pasrah dengan nasibnya.
“Apa punya bangang mamat sengal tu! Awek punya baik macam kau pon cari lain lagi!” Adi tiba-tiba melepaskan amarahnya.
“Alaa Adi… Aku nie sape la sangat nak bandingkan ngan dia tu… Aku tak se ‘stylo’ pompuan-pompuan skang… Aku nie kolot… Aku nie…” belum habis ayat merendah diri dari Raihanna, Adi dah cepat-cepat memotong.
“Dah! Dah! Dah!! Kau nie apehal pasrah tak tentu pasal nie?!”
“Takdelaa… Aku sedar diri aje… Huhuu…”
“Kata kau! Tak payah! Sepatutnya mamat tu yang kena sedar diri tau! Huh!” Adi makin bengang.
“Hehee kau nie Adi… Marah lebih dari aku nampak… Aku ke kau yang kena dump nie? Hehee…” Raihanna cuba mengusik. Adi yang memang tak boleh tengok senyuman gadis itu akhirnya tergelak.
“Ha’a… Terlebih sudah… Hahaa… Sorry lah tetibe plak aku ter ‘emo’… Aku nie bila dah emosi macam nie mulalah aku lapar… So, apa kita nak buat sekarang Rai?”
“Eleyhh… Nak aku belanja makan la tu…” Raihanna mencebik.
“Kau memang memahami… Hehehee…” Adi ketawa.
Berjaya dia mengenakan gadis itu. Raihanna ikut ketawa. Gelihati dengan gelagat Adi yang tadi bukan main beria marah sudah bertukar rupa seperti Mirmo Zibang yang comel.
******************************
“Hanna, Erma… jom makan… Aku lapar laa…” Ruby bersuara tiba-tiba sedikit memecahkan kesepian suasana di library. Tangannya mengusap-usap perutnya.
“Eh! Bukan ke kau baru lepas makan tadi?” soal Erma. Cermin mata tebalnya ditarik ke bawah sedikit. Cuba mengesan tahap kelaparan Ruby.
“Alaa… Tu setengah jam yang lepas…” Ruby mencebik manja. Tuu dia! Mulutnya sedikit dimuncungkan ala kanak-kanak ribena yang sedang merajuk.
“Amboii… Tak takut gemuk ke makcik? Kata diet?” Raihanna sedikit memerli. Saja menyakat Ruby.
“Nanti malam aku diet laa…” Ada saja alasan dari gadis montel itu. Melihatkan wajah kurang ceria Ruby dek faktor kelaparan itu, Raihanna dan Erma menurut jua.
“Rai!” satu suara yang agak macho kedengaran. Machokah? Hahaa… Raihanna berpaling.
“Ha, Adi… Nape?”
“Jom lunch!” ajak Adi dengan riak gembira.
“Aku baru je nak gi makan nie ngan dorang nie…”
“Owhh yeke… Ermm… Kalau camtu takpela…” Suara Adi kedengaran agak kecewa. Senyuman lebarnya tadi juga sedikit mengendur.
“Eh Adi! Jom la join kitorang!” ajak Erma. Adi sedikit terkejut. Tak pernah sekali pun dia mendengar suara gadis skema itu sebelum ini. Ingatkan bisu…
“Boleh ke?” soal Adi agak ragu-ragu dengan ajakan tersebut.
“Lorr… Apsal plak tak boleh?” sampuk Ruby. Disikunya lengan Raihanna.
“Rai, kau kisah tak kalau aku join korang nie?”
“Aku tak kisah pun… Cuma… Nape kau tak lunch ngan Intan?” Raihanna cuba menyoroti wajah Adi. Ingin tahu reaksi lelaki itu apabila disebut nama aweknya. Raihanna cuma berjaga-jaga kerana setahunya Intan seorang yang sangat lah kuat tahap kejelesannya.
“Owhh Intan… Dia de hal la…” bersahaja saja jawapan Adi.
“Camtu ke… Okey… Jom lah!”
******************************
Hari nie Raihanna dan sekutu-sekutunya melakukan aktiviti rutin mereka setiap hujung minggu iaitu menziarahi shopping complex. Tetapi ziarah bukan sebarang ziarah. Nie ziarah yang boleh menghabiskan duit elaun mereka. Teruk kan? Ish…Ish…Ish…
Seperti kebiasaan, Raihanna akan ziarah Kinokuniya untuk mencari novel grafik Jepun terbaru yang sentiasa menjadi pilihan utamanya sebagai bahan bacaan santai. Sedang asyik membelek-belek novel-novel yang ada, Raihanna ditarik Ruby.
“Aku nampak Intan la!” bisik Ruby sambil lagaknya seperti seorang spy yang cuba mengesan kecurangan suami kliennya.
“Mana? Mana??” Raihanna dan Erma turut serta dalam sesi memanjangkan leher mengintai suspek kes.
“Tuu…” Ruby memuncungkan bibir seksinya kearah dua orang makhluk berlainan jantina yang sedang berjalan berpimpingan tangan di seberang sana.
“Nampak macam lelaki tu bukan Adi la… Habis tu Intan dengan sape ea?” sampuk Erma.
“Yelah… Bukan main lagi curang minah tu…” Ruby mengiyakan. Dibuatnya muka meluat dengan aksi mesra yang terhidang.
“Tengok sket muka mamat tu… Bleh lawan Adi tak…” Raihanna mencelah. Disepetkan sedikit mata bundarnya untuk mengenalpasti sang lelaki yang bersama kekasih rakan baiknya itu. Dari belakang, susuk tubuh itu seperti dikenalinya. Dahi Raihanna berkerut seribu.
“Eh…Nazrul?!” spontan nama yang sentiasa terpahat di hatinya sebelum ini meluncur keluar dari bibirnya.
“Haa??!!!!” serentak juga Erma dan Ruby menjerit kecil memandang Raihanna. Kedua-duanya kemudian berpaling kembali kepada pasangan sejoli di depan mata.
“Yelah… Nazrul…” Ruby bersuara perlahan.
“Err… Kau okey ke Hanna?” soal Erma juga secara perlahan.
“Aku okey je… Hmm…” ujar Raihanna. Sedikit keluhan kedengaran pada suara itu.
******************************
“Hanna… Aku dengar-dengar Nazrul kena belasah semalam…”
“Hah?! Yeke??!” Raihanna sedikit menjerit. Berita yang disampaikan Erma benar-benar mengejutkannya.
“Ha’a… Tadi aku dengar budak-budak kelas dia duk cerita masa aku nak datang sini…” sambung Erma sambil mengambil tempat disebelah Raihanna.
“Teruk ke?”
“Ntah… Kena tumbuk je tak teruk kot…” Erma menjawab selamba.
Raihanna memandang rakannya dengan pandangan sedikit konfius. Jawapan Erma tadi seperti dia pernah je kena tumbuk. Ada ke kena tumbuk tak teruk?
“Kau call la dia…” Ruby memberikan cadangan.
Raihanna mengangguk. Pantas jarinya menekan nombor Nazrul namun seketika kemudian dia hampa apabila panggilan yang dibuat tidak berjawab. Raihanna mencuba lagi buat kali kedua, ketiga, keempat, kelima dan akhirnya dia menghantar sms saja. Puas ditunggu akhirnya sms tersebut mendapat balasan…
“Skrg dh puas hati awk kn? So, jgn ggu sy lg!”
Sms dari Nazrul. Ringkas namun jelas. Puas hati? Puas hati apa?? Jangan ganggu lagi? Salahkah dia bertanyakan keadaan lelaki itu? Raihanna mengeluh.
******************************
“Adi…”
“Yep…”
“Kau dengan Intan camne sekarang?”
“Err… Apsal kau tanya tetibe nie??”
“Jawab la Di…”
“Hmm… Aku dengan Intan dah takde pape…”
“Since when?”
“Tak lama lepas kau putus ngan Nazrul…”
Terjawab sudah persoalan yang bermain di fikiran Raihanna selama ini. Patut lah sepanjang tempoh tersebut Adi selalu join lunch dengan Raihanna, Erma dan Ruby. Rupa-rupanya dah takde awek yang kuat jeles tu.
“Sebab apa?” soal Raihanna masih ingin tahu.
“Sebab takde jodoh laa… Hahahaa…” Adi membalas balik seperti jawapan Raihanna suatu ketika dulu bila ditanya tentang punca perpisahannya dengan Nazrul.
“Adi…” Raihanna tidak tergelak seperti kebiasaannya. Wajah gadis itu dilihat suram. Langsung tiada riak ingin bergurau senda pada waktu ini. Dan tahulah Adi bahawa Raihanna betul-betul serius.
“Hmm… Sebab dia dah jumpa orang yang dia btol-btol nak… Puas hati?”
“Sape orang tu?” Raihanna masih tak puas hati.
“Eh kau nie… Tanya banyak-banyak watpe?” Adi mula tak keruan. Risau akan membangkitkan chakra tak stabil gadis itu.
“Kau dah lama ke tahu pasal hubungan Nazrul ngan Intan?” Raihanna sedikit mendesak. Adi akhirnya mengalah.
“Owhh… Kau dah tau pasal tu… Hemm… Sorry lah tak bagitau kau. Kalau ikutkan dah lama kawan-kawan citer kat aku pasal dorang… Tapi aku lah wat pekak badak je… Aku anggap kawan-kawan nie bawak citer je…” Panjang lebar adi memberi penjelasan.
“Abis tu, camne kau bleh tahu pasal kebenaran citer kawan-kawan kau tu?”
“Aku nampak sendiri… Dorang kantoi ngan aku…”
“Owhh… So, apa kau buat?”
“Intan tu aku basuh dia cukup-cukup sampai dia nangis-nangis malu…”
“Ishh… Tak baik kau… Huhuu…” Raihanna cuba membayangkan reaksi Intan bila dimarahi Adi sampai menangis-nangis. Kesian la pulak…
“Lantak la… Sape suruh cari pasal ngan aku kan…” Adi mencebik marah.
“Abis tu, Nazrul lak?”
“Hutang dia ngan aku dah langsai semalam…” ujar Adi sambil berpeluk tubuh.
“Semalam?” Raihanna menyoal lagi. Agak keliru dengan jawapan Adi.
“Ha’a… Semalam…” sengaja Adi tekankan perkataan ‘semalam’ itu.
“Ermm?? Eh, wait! Kau ke yang belasah dia semalam Adi?!” akhirnya Raihanna menyedari sesuatu disebalik jawapan Adi tadi.
Adi tersengih cuma. Menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik itu.
“Aku bagi dua ketul je kat dia… Satu, sebab dia ambik awek aku… Satu lagi, sebab dia mainkan perasaan bestfriend aku nie… Hehehee…”
“Wahhh…” hanya itu yang mampu Raihanna luahkan.
“Kenapa? Kau teruja ke?? Pape pun, sorry la aku ‘terbelasah’ pakwe kau tu…”
“Excuse me… Bekas pakwe okey?”
“Hahahaa… Yela lupa pulak aku…”
Raihanna tersenyum puas. Baru dia faham tentang kandungan sms Nazrul itu.
******************************
“Thanks a lot Adi…”
“U r welcome… Tp aq nk hdiah…”
“Ko nk pe?”
“Aq nk ko… :p”
Raihanna tergelak kecil. Adi di depannya turut tergelak. Ruby dan Erma pula saling berpandangan.
“Oii korang… Agak-agak la duk depan-depan pun nak hantar sms… Huhuhuuu…” Ruby menegur. Erma pula menggelengkan kepala. Adi bersiul kecil manakala Raihanna merasakan pipinya merah padam. Malu!
“Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku…”
Kadangkala kita tak pernah sedar akan kehadiran seseorang yang begitu istimewa dalam hidup kita walaupun dia hanya berada seinci dari kita… J
diterbit oleh saya : nur adilin pada 6:58 PM 2 komenkamu
tag : jom bace cerpen sy



