BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 16, 2011

Musykil.

Assalamualaikum...

Sekadar nak berkongsi rasa yang saya alami sekarang nie. Rasa musykil yang amat. Tak tahu kenapa saya jadi terfikirkan hal nie walaupun kalau dikira tak perlu pun saya fikirkan...

Sejak saya bersama dengan En.I, ramai (kalau boleh dikategorikan ramai lah) rakan2 lama yang dahulunya tak pernah berkelakuan pelik dengan saya, mula berubah karekter. Dari yang dulunya memanggil saya dengan panggilan "akak", sekarang dah ber"awak". Yang tak pernah menegur, sekarang dah mula bertanya khabar setiap masa. Pelik tapi benar.

Mungkin saya agak "perasan" atau dengan nama mudahnya "poyo" atau lebih senang dalam loghat Kelantan, dipanggil "koya" apabila kononnya macam nak cakap saya nie ramai peminat. Terpulang. Tapi saya punya firasat yang saya dari dulu selalu percaya pada kata hati saya. Orang kata, kata hati mungkin jugak bisikan dari syaitan. Ada betulnya. Kerana berpegang pada kata hati lah saya meng"tunggulkayu" kan diri sendiri selama 7 tahun untuk seorang hamba Allah yang tak pernah menyayangi saya sebagaimana saya menyayanginya. Bukan seorang dua teman berkata (walaupun dalam hati, saya tetap taw) betapa bodohnya saya, tapi ramai.

Yea. Hamba Allah yang satu itu kini seperti orang hilang arah apabila saya membuat keputusan nekad untuk melepaskannya dari hidup saya. Bukan niat saya nak menunjuk2 bahawasanya saya sedang melalui fasa gembira bersama hubungan baru ini. En.I yang banyak membina kembali semangat saya yang dah hilang. En.I yang menyedarkan saya betapa masih ada insan yang benar2 menghargai saya. En.I yang banyak memberi galakan pada saya. En.I juga yang mewarnai hidup saya kini. Tapi dengan perhatian dan "kerinduan" (diakui sendiri oleh hamba Allah itu) yang ditunjukkan pada saya membuatkan hati saya meronta-ronta tapi tak taw untuk apa. Saya jadi risau. Jadi takut. Tapi tak taw pada apa. Macam seksa kan? Memang menyeksakan. Kalau boleh, saya nak tidur sepanjang masa. Tak payah fikirkan apa yang saya fikir sekarang. I wish I could... Hmm...

Ya Allah, jauhkan lah rasa sebegini dalam hati saya. Saya tak nak ianya mengganggu hubungan yang baru terjalin ini. Masih jauh perjalanan yang perlu kami tempuhi. Sesungguhnya saya takkan berjumpa lagi seseorang seperti En.I selepas ini. Tetapkanlah hati saya padanya. Moga saya tak menghampakannya sebagaimana yang pernah saya lakukan pada mereka2 yang menyayangi saya sebelum2 ini. InsyaAllah. Amin...

Thursday, July 14, 2011

Bila Domo Kun dan Angry Birds jadi famili~ :)

Lama sangat kot tak update blog nie. Tersangat lah bizi dengan kerja. Sampaikan masa untuk diri sendiri pun takde (suara halus : masa untuk FB ada je kan? HUHU)... Syoh2!


Oke2, tujuan update nie bukan sebab nak post cerpen baru pun... Saje je nak share apa yang saya tengah gila2kan sekarang nie : DOMO KUN & ANGRY BIRDS! Kamu taw kan apakah benda alah ini? Kalau tak taw maknanya kamu BUKAN ORANG BUMI. He2.

Cerita asalnya bermula bila saya beli dua phone strap Domo Kun kat Parkson, KB sebab 1st time tengok dah jatuh hati. Satu yang kecil dan satu lagi yang besar. Dalam hati dah niat kalau boleh, saya nak bagi yang besar tu untuk seseorang yang special. :)

Ditakdirkan saya akhirnya bertemu orang special tu dan saya secara rasminya bagi phone strap Domo Kun yang besar tu pada beliau. Tak taw lah beliau suka ke tak. Lantak lah. Tapi hakikatnya memang beliau suka. Malah sangat suka! Bagus2. Kamu suka, saya lagi suka. Ha3...

Cerita pasal Angry Birds pulak, saya mula jatuh chenta kat 'burung marah' kaler merah nie lepas pekena gamenya kat internet (orang tak pakai iPhone kan... Hu2). Bermula dari situ saya beli jugak satu keychain Angry Birds kat Cityjaya. Sangat comel taw! Lepas tu saya dapat kejutan dari si dia yang special tu. Beliau balas bagi phone strap Angry Birds untuk saya masa kami berjumpa buat kali kedua. Then ketika perjumpaan kali ketiga, beliau buat kejutan lagi untuk saya. Kali ini beliau bagi pencil case Domo Kun yang sangat comel oke. Balik rumah saya bukak pencil case tu, ada 1 lagi phone strap Angry Birds! So sweet. TQ dear~

Sekarang saya dah ada 3 ekor Angry Birds dan 3 ekor Domo Kun! Gambar di bawah nie menunjukkan mereka2 ini dah jadi satu famili besar. Comel kan? ;)


p/s : phone strap Domo Kun yang kecil tiada dalam gambar sebab dah tergantung di Sony Ericsson saya~ ;)

p/s 2: kucing hijau tu hadiah dari si special jugak. Ole2 dari Sarawak~ ;)




Thursday, April 14, 2011

Realitinya...


"Kau tak risau?" tanya Nida.

"Tentang apa?"

"Umur makin meningkat tapi jodoh tak datang-datang." Nida mengeluh lalu memandang siling rumahnya. Di suatu sudut siling itu ada labah-labah yang sedang membina sarang. Yeah! Ada Spiderman datang ke biliknya. Kalau betul-betul 'man' pasti best kan? Hati Nida sempat melayang.

"Bukan boleh paksa orang suka kita. Pinang kita. Terima kita." Maya mengingatkan sambil terus menyelak majalah Mingguan Wanita.

"Kadang-kadang aku hairan tengok kau ni. Macam tak kisah aje." Nida sudah duduk bersila di depan Maya. Sudah lupa tentang Spiderman!

Maya hanya ketawa. Bohong jika dia tidak kisah. Tidak risau. Dia manusia biasa. Masalahnya hubungan percintaan yang terjalin selalu menemui jalan buntu. Mungkin dia memang tidak pandai bercinta. Tidak ditakdirkan berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Biarlah kak long saja yang memanjangkan warisan keturunan emak dan abah.

"Kau menulis cerita cinta bukan main expert." Nida masih tidak puas hati.

"Hero aku semuanya fantastik kan? Perang macam mana pun, mereka mesti bahagia kan?" Maya ketawa lagi. Dia berbaring pula dan melihat siling. Itu dunia fantasi. Itu adalah dunia imaginasi yang terlakar dari impiannya terhadap lelaki yang sempurna. Yang mampu membahagiakannya. Ya, mungkin wujud lelaki yang sebegitu, tetapi mereka biasanya sudah dimiliki.

"Happily ever after...like fairytales!" Nida bersetuju.

"Tapi realitinya juga, ada ramai orang yang bahagia kat luar sana. Yang waktu cuti umum macam ni mereka beriang ria dengan orang tersayang!" Maya menyambung bicaranya.

"Kita aje yang melepak dalam bilik ya!"

Mereka sama-sama ketawa.

*****


Inilah realiti hari ini. Yang saya yakin ramai wanita di luar sana berhadapan situasi seperti watak Maya dan Nida. Kepada sesiapa yang mempunyai rakan taulan atau saudara mara yang mengalami situasi seperti ini, janganlah cepat menghukum mereka seperti berkata :



"Memilih sangat la tu."

"Jual mahal~"

"Orang cantik takkan la nak pandang lelaki biasa-biasa ni."

"Umur dah lanjut takkan takde boyfriend kot?"



Dan macam-macam ayat pedas lagi pedih yang lain. Ingatlah, orang yang menjatuhkan hukum pada mereka ini adalah seperti mempersendakan Allah. Yang mana kta sendiri sedia maklum jodoh, rezeki, ajal semuanya di tanganNya. Kita hanya merancang dan Dia lah yang menentukan. Benar, jodoh perlu dicari. Tapi seperti yang anda baca petikan di atas tadi, kita tak boleh memaksa orang sukakan kita, memaksa orang menerima kita. Cukup-cukuplah menghukum mereka dengan gelaran-gelaran yang tak enak. Ketahuilah semua yang berlaku disebalik kejadian ini ada hikmahnya. Ada ceritanya. Jangan cepat menghukum. Mereka juga punya impian seperti anda cuma anda terlebih dahulu mengecapnya dan giliran mereka belum tiba. Kepada wanita-wanita yang mengalami nasib sebegini, bersabarlah. Yakinlah dengan aturanNya. InsyaAllah anda juga akan bertemu dengan kebahagiaan yang dicari. Semoga anda menjadi lebih kuat dan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Semoga dengan doa-doa anda semua, makbullah impian mereka sepertimana impian anda semua suatu ketika dahulu. Alhamdulillah... :)



*Dialog di atas dipetik dari Novel "Juara Carta Cinta" karya novelis Lynn Dayana...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails